Siakap Keli
str tambahan rm600
Gambar:Twitter Kementerian Kewangan

Sebaran Maklumat Mengenai STR Tambahan RM600 Adalah Palsu – Kementerian Kewangan

Sebaran Maklumat Mengenai STR Tambahan RM600 Adalah Palsu – Kementerian Kewangan

PUTRAJAYA — Kementerian Kewangan (MoF) dalam satu kenyataan hari ini menafikan maklumat berhubung Sumbangan Tunai Rahmah (STR) tambahan sebanyak RM600.

Mof berkata demikian dalam ciapan yang dimuat naik di akaun rasmi di Twitter.

MoF Nafi  STR Tambahan

Tambah kementerian itu, pihaknya menasihatkan orang ramai untuk berhati-hati dan tidak mudah terperdaya dengan berita tersebut.

Difahamkan maklumat berhubung tambahan STR itu ‘muncul’  menerusi saluran Telegram.

“Kementerian Kewangan ingin menegaskan bahawa maklumat mengenai tambahan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) sebanyak RM600 adalah palsu.

“Berhati-hati dan jangan mudah terpedaya dengan berita sebegini di Telegram. Tidak pasti, jangan kongsi,” maklum MoF.

STR Fasa 3 

Sebelum ini, penyerahan STR Fasa 3 telah disalurkan pada 26 Jun yang lepas iaitu tiga hari sebelum Sambutan Hari Raya Aidiladha.

MoF turut membuka tempoh permohonan rayuan mulai 3 hingga 31 Julai 2023. Perkara itu bagi memastikan program STR 3 ini disasarkan kepada mereka yang layak.

Berikutan itu, pemohon boleh mengemukakan dokumen berkaitan untuk semakan semula oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM).

Permohonan boleh dilakukan oleh pemohon dengan melayari pautan bantuantunai.hasil.gov.my.

“Manakala untuk mendapatkan maklumat sahih, ikuti saluran rasmi Kementerian Kewangan dan pastikan pautan berita adalah sah dan betul,” maklum MoF lagi.

BACA JUGA: Cara Buat Permohonan Baharu & Kemas Kini STR Secara “Online”

STR Fasa Satu 

Terdahulu Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) fasa satu kepada 8.7 juta golongan B40 bernilai RM1.67 bilion yang akan dikreditkan ke dalam akaun bank penerima berdaftar secara berperingkat pada 17 Januari, lapor Bernama.

Menurut Anwar, STR fasa satu itu diawalkan ke Januari berbanding perancangan awal pada Mac bagi meringankan beban sara hidup rakyat.

Pembayaran STR itu dibuat mengikut kategori penerima dengan empat juta Isi Rumah masing-masing menerima RM300. Manakala 1.2 juta warga emas yang tiada pasangan dan 3.5 juta penerima bujang masing-masing menerima RM100.

“Penerima STR di pedalaman termasuk Sabah dan Sarawak yang mempunyai atau tiada akaun bank turut menerima pembayaran ini pada tarikh yang sama,” katanya dalam satu kenyataan.

BACA JUGA: Bayaran STR Dipercepat Beri Kelegaan, Bantu Rancak Ekonomi

Sumber: Twitter Kementerian Kewangan 

Iqbal Yasir

Tengah stalk gambar sebelah ke tu?