Siakap Keli
threads atasi twitter
Kredit: BBC

Aplikasi Threads Boleh Dimuat Turun Hari Ini, Atasi Twitter

Aplikasi Threads Boleh Dimuat Turun Hari Ini, Atasi Twitter

Aplikasi Instagram Threads yang dilancarkan hari ini bertujuan untuk mengatasi Twitter dan menarik pengguna yang tidak berpuas hati dengan perubahan terkini pada platform tersebut.

Lapor BBC, pemilik Meta Mark Zuckerberg berkata platform yang mempunyai sifat mesra pengguna akan menjadi kunci kejayaan buat sesuatu aplikasi itu.

Justeru apabila ditanya sama ada Threads akan menjadi lebih berjaya daripada Twitter, Zuckerberg berkata kejayaan aplikasi itu akan mengambil sedikit masa.

“Ia akan mengambil sedikit masa, tetapi saya berfikir bahawa perlu ada satu aplikasi perbualan awam dengan lebih satu bilion orang yang boleh menggunakannya.

“Twitter mempunyai peluang untuk melakukan perkara itu namun tidak berjaya. Mudah-mudahan kami akan berjaya melakukannya,” ujarnya.

Threads yang tidak dilancarkan di Kesatuan Eropah buat masa ini membenarkan pengguna menyiarkan teks sehingga 500 aksara dan mempunyai banyak ciri yang serupa dengan Twitter.

Threads kini tersedia untuk dimuat turun di lebih 100 negara termasuk United Kingdom (UK) tetapi belum lagi berada di Kesatuan Eropah kerana kebimbangan peraturan.

BACA: Meta Lancar “App” Baru, Instagram Threads, Serupa Twitter Pada 6 Julai Ini

‘Versi awal’

Meta memanggil aplikasi baharu itu sebagai versi awal dengan ciri tambahan yang dirancang termasuk keupayaan untuk berinteraksi dengan orang pada beberapa aplikasi media sosial lain seperti Mastodon.

“Visi kami dengan Threads adalah untuk melakukan perkara terbaik yang dilakukan Instagram dan mengembangkannya kepada teks,” ujarnya.

Walaupun Threads menjadi aplikasi kendiri, pengguna akan log masuk menggunakan akaun Instagram mereka.

Kredit: BBC

Nama pengguna Instagram mereka akan dibawa ke Threads, tetapi terdapat pilihan untuk menukar profil khusus untuk aplikasi itu.

Pengguna juga akan dapat memilih untuk mengikuti akaun yang sama di Instagram, kata Meta.

Walau bagaimanapun, ia masih belum jelas sama ada pengguna Twitter yang tidak berpuas hati memilih untuk beralih ke platform Threads.

Bagaimana Threads berfungsi?

Kredit: BBC

Melalui Threads, pengguna dengan mudah boleh berkongsi hantaran (post) antara kedua-dua aplikasi dan boleh menyertakan pautan, foto dan video sehingga lima minit panjangnya.

Pada siaran utama, pengguna akan mempunyai suapan siaran (feed) yang Meta panggil bebenang (threads), daripada orang yang mereka ikuti dan kandungan yang disyorkan.

Mereka juga dapat mengawal siapa yang boleh sebut (mention) mereka di aplikasi itu dan menapis balas (reply) kepada hantaran yang mengandungi perkataan tertentu.

Dalam pada itu, pengguna turut boleh melakukan nyahikut, menyekat, mengawal atau melaporkan profil lain.

Manakala, mana-mana akaun yang disekat oleh pengguna di Instagram akan disekat secara automatik pada Threads.

Sumber: BBC

BACA: “Record Guna….” Khairul Aming Bongkar Rahsia Cara Rakam & ‘Upload’ Video Cantik Di Instagram

Nurhanis

Sesuatu yang dilepaskan secara terpaksa, sakitnya tidak pernah sederhana