Siakap Keli
kanak-kanak lelaki hilang sungai
Kredit: BERNAMA

Kanak-kanak Lelaki Tujuh Tahun Hilang Jatuh Sungai

Kanak-kanak Lelaki Tujuh Tahun Hilang Jatuh Sungai

KUALA LUMPUR (Bernama) — Seorang kanak-kanak lelaki berumur tujuh tahun dikhuatiri lemas selepas terjatuh ke dalam Sungai Batang Kali berhampiran Desa Alam Ria, Hulu Selangor di sini, semalam.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor Wan Md Razali Wan Ismail berkata mangsa dikenal pasti sebagai Ahmad Ammar Akhtar Tajul Azwa dan kejadian berlaku sekitar 7.15 malam tadi (Rabu).

“Operasi dilakukan oleh anggota penyelamat menggunakan teknik ‘water surface seaching’ di laluan sungai, kira-kira satu kilometer dari kawasan kejadian mangsa dikhuatiri terjatuh,” katanya dalam kenyataan di sini.

Beliau berkata kerja-kerja mencari dan menyelamat (SAR) ditangguhkan pada 11.30 malam (malam tadi) dan akan disambung semula pagi hari ini (6 Julai).

Kanak-kanak maut jatuh dari tingkat 10 kondominium

Sebelum ini di Labuan, seorang kanak-kanak perempuan berusia 12 tahun maut dipercayai terjatuh dari tingkat 10 sebuah kondominium awal pagi semalam.

Ketua Polis Labuan Supt Ahmad Jawila berkata mayat kanak-kanak itu ditemukan di tingkat satu oleh penduduk kondominium berkenaan.

Beliau berkata kanak-kanak itu dipercayai terjatuh kira-kira 5.28 pagi dan kematiannya disahkan oleh pegawai perubatan yang tiba di tempat kejadian pada 7.42 pagi.

Katanya siasatan awal mendapati kejadian tidak melibatkan unsur jenayah dan kematian diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

“Mayat dihantar ke Hospital Labuan untuk bedah siasat,” katanya kepada Bernama.

Sumber: BERNAMA

Nurhanis

Sesuatu yang dilepaskan secara terpaksa, sakitnya tidak pernah sederhana