Siakap Keli
Memperkenalkan Threads
Kredit Instagram

Memperkenalkan Threads: Cara Baharu Untuk Berkongsi Gunakan Teks

Memperkenalkan Threads: Cara Baharu Untuk Berkongsi Gunakan Teks

Mark Zuckerberg baru sahaja mengumumkan versi awal Threads, sebuah aplikasi yang dibina oleh pasukan Instagram untuk berkongsi sesuatu perkara dengan gunakan teks.

Menerusi perkongsian Instagram, Threads menawarkan ruang baharu yang berasingan kepada pengguna untuk kemas kini perkongsian dan perbualan.

Mereka juga berkata bahawa beberapa usaha sedang dijalankan bagi menjadikan Threads serasi dengan rangkaian sosial yang terbuka dan saling beroperasi.

Seperti diketahui, Instagram ialah sebuah platform bagi berbilion pengguna di seluruh dunia dalam berhubung melalui gambar dan video.

Kewujudan Threads pula adalah untuk menggunakan apa yang boleh dilakukan oleh Instagram tetapi berbentuk di dalam perkongsian teks.

Sama seperti Instagram, dengan Threads pengguna boleh mengikuti dan berhubung dengan rakan pencipta yang berkongsi minat sama.

Sertai perkongsian teks daripada Instagram

Untuk menggunakan aplikasi terbaru ini, pengguna hanya perlu guna akaun Instagram untuk log masuk ke dalam aplikasi tersebut.

Nama pengguna dan pengesahan Instagram akan diteruskan dengan pilihan untuk menyesuaikan profil khusus setiap pengguna bagi akaun Threads mereka.

Kredit Instagram

Selain itu, pengguna juga boleh mengikuti akaun yang sama di Instagram mereka dan mencari lebih ramai kawan yang berkongsi minat yang serupa.

Ciri kebolehcapaian teras yang tersedia di Instagram hari ini, seperti sokongan pembaca skrin dan penerangan imej yang dijana AI juga dibawakan dalam Threads.

Perkongsian teks yang memasuki ruangan pemuka akaun pengguna adalah daripada mereka yang mengikuti dan pengguna yang baharu.

Panjang perkongsian teks dikatakan boleh ditulis sehingga 500 aksara dan termasuk pautan, gambar dan video berdurasi sehingga lima minit.

Kredit Instagram

Kurangkan bunyi bising

Selain itu, Threads juga dibina sebagai platform untuk membolehkan perbualan yang positif. Pengguna juga boleh mengawal siapa yang boleh ‘mention’ atau membalas perkongsian teks dalam Threads setiap pengguna.

Pengguna turut boleh ‘unfollow’, ‘block’ atau melaporkan profil pada Threads dengan klik menu tiga titik dan mana-mana akaun yang anda mahu sekat di Instagram.

Selain itu, Threads juga memiliki Garis Panduan Komuniti seperti di Instagram di mana kandungan dan interaksi ditapis dalam aplikasi tersebut.

BACA: Pernah Kena “Ignore” Dengan Operator, CEO Klook Kongsi Kisah Tercetusnya Idea Penubuhan Aplikasi Klook

Kini Threads telah dilancarkan di lebih 100 negara bagi pengguna perisian iOS dan Android. Pengguna boleh memuat turun aplikasi tersebut di Apple App Store dan Google Play Store.

Selain berusaha menjadikan Thread serasi dengan protokol ActivityPub, beberapa ciri baharu akan ditambah bagi membantu memudahkan pengguna.

Ia termasuk pengesyoran yang dipertingkatkan dalam suapan dan fungsi carian yang lebih mantap bagi menjadikannya lebih mudah untuk mengikuti topik dan arah aliran.

Sumber: Instagram

Syed Faisal Sayed Muhammad

Kehidupan itu laksana tenunan yang bersambung menjadi kata- Hamka