Terus Nampak Mahal, Ini Tips Pasang Sendiri “Tinted” Pada Tingkap Rumah
Memiliki rumah sememangnya salah satu pencapaian terbesar dalam hidup seseorang. Namun, kedudukan dan kawasan rumah memainkan peranan penting dalam menjalani kehidupan seharian.
Jika anda tinggal di kawasan yang padat dengan penduduk, misalnya di kawasan bandar. Rata-rata orang tidak mempunyai pilihan banyak untuk membeli rumah seperti apartmen, pangsapuri, flat dan kondo.
Meskipun terdapat pelbagai kebaikan tinggal dalam jarak yang dekat namun, kadangkala ia juga boleh menganggu pemilik rumah dari segi privasi. Apatah lagi sekiranya tingkap rumah menggunakan cermin lutsinar.
Sudah tentu perkara ini membuatkan anda berasa tidak selesa dan kurang senang kerana jiran-jiran atau orang yang lalu-lalang di sekitar rumah boleh melihat hingga ke dalam rumah. Jadi, apakah langkah yang boleh anda lakukan?
Oleh itu, pihak SK akan berkongsikan tips untuk memasang tinted pada tingkap rumah agar tidak menganggu privasi. Tanpa membuang masa, mari kita ikuti perkongsian Muhammad Faris Abdullah di bawah.
Tips Pasang Tinted Tingkap Rumah Secara DIY
Salam tukang TAHi saya suka DIY misalnya rumah sewa saya ini tingkap dapurnya visible dari luar. Kadang nampak orang lalu lalang dan mereka juga boleh nampak kita yang kat dalam rumah ni.
Malu la juga takut jiran-jiran nampak otot-otot yang berketak-ketak ni risau kena gangguan.
Saya decide untuk pasang sendiri tinted rumah ini mudah saja saya beli di Shopee. Search je tinted rumah macam-macam brand keluar
BACA JUGA: Guna Cawan Polisterin Je, Ini Tips Pasang Langsir Nampak Lagi Kemas & Cantik
Memang cantik tingkap terus jadi macam mirror lookalikes. Rumah yang asalnya flat kos rendah auto nampak macam kondo.
Macam rumah saya ini saya pakai tinted warna Silver Black dan Matt White. Tips beli dan pasang DIY tinted rumah:
Jenis Tinted
Warna Silver Black ini kadar ketelusan dia ~80 peratus, kalau waktu malam dalam rumah pasang lampu boleh nampak bayang-bayang. Untuk warna Silver Black ini tintednya akan tapis cahaya dan haba rumah pun jadi redup tidak panas sangat sesuai musim El-Nino ini. Ia sesuai dipasang di bilik tidur dan ruang tamu.
Kalau mahukan 100 peratus privasi dan masih mahukan cahaya masuk, saya ambil warna Matt White. Warna Ini orang luar memang tak nampak. Cahaya pun masih tembus bilik tidak gelap. Sesuai untuk dipasang di dapur ada privasi dan cahaya masih masuk.
Beli size yang betul
Ukur size tingkap kemudian potong sendiri mengikut size sebenar tingkap. Bagi sedikit extra 5-10mm supaya cermin cover habis ketika pemasangan.
Air Sabun
Sewaktu pasang pastikan pakai air sabun yang banyak barulah cantik tintednya tak kedut-kedut. Kalau takde sabun tinted akan mudah melekat dan berkedut.
Beli Extra Tinted (Beginner)
Untuk beginner saya sarankan beli extra 2-3 keping tinted sebagai trial. Harga RM4 je untuk satu tingkap. Murah sangat kalau panggil tukang professional mahal juga rasanya mau beratus ringgit.
BACA JUGA: Guna Dua Bahan Je, Cara Mudah Cuci Tungku Dapur Kotor & Berkeladak Hingga Berkilat
Kalau macam saya suka belajar dan DIY banyak kali juga try baru menjadi itulah harga nya try and error. Tetapi skill sampai ke tua kita ada sangat berguna.
Untuk tutorial pemasangan tinted ini search di Youtube, “How to install window tint”.
Saya kongsi actual photos rumah saya before and after
Semoga bermanfaat dan selamat bertukang TAHI.
#TipsPerumahanAES #TukangTinted



Sumber: Facebook Muhammad Faris Abdullah via Tukang Apa Hari Ini (TAHI)