Siakap Keli
tips pasang langsir
Gambar: TikTok @noraftika93

Guna Cawan Polisterin Je, Ini Tips Pasang Langsir Nampak Lagi Kemas & Cantik

Guna Cawan Polisterin Je, Ini Tips Pasang Langsir Nampak Lagi Kemas & Cantik

Kemeriahan Syawal semakin dirasai, tak usah dipersoalkan tentang suasana kemeriahannya kerana sebahagian besar orang sedang melakukan persiapan Hari Raya Aidilfitri.

Pastinya ada yang tak menang tangan dan bersengkang mata demi menyiapkan kuih raya. Bukan itu sahaja, keadaan rumah pastinya mahu kelihatan bersih dan ceria.

Selain itu, ada juga yang mengecat rumah dari pagi hingga malam. Ada yang membersihkan halaman rumah dan memasang pelita serta sibuk membakar lemang.

Sementara itu, dalaman rumah juga tidak dilupakan kerana menjadi tempat persinggahan tetamu dan sanak saudara ketika sambutan hari raya.

Umumnya, langsir menjadi watak penting dalam menaikkan lagi seri rumah. Sehingga kini, terdapat pelbagai warna dan jenis corak langsir yang tersedia di kedai-kedai.

Pemilihan langsir yang tepat dapat memberikan suasana rumah lebih ceria dan rapi. Bagaimanapun, kebanyakan langsir mudah berkedut atau tidak menampakkan bentuk dalam tempoh yang lama. Jadi, bagaimana nak atasi masalah kecil ini?

BACA JUGA: Tampil Bergaya Di Aidilfitri, Ketahui Tips Pilih Warna Baju & Tudung Yang Sesuai

Tahukah anda, sebenarnya terdapat cara mudah untuk memastikan langsir rumah anda kekal kemas sepanjang masa. Untuk itu, mari kita ikuti perkongsian menarik di bawah.

Tips Pasang Langsir

Dalam satu klip video yang dimuat naik oleh @noraftika93 di aplikasi TikTok menunjukkan langsir rumah lebih tersusun rapi hanya dengan satu bahan, iaitu cawan polisterin.

Guna Tiga Ini Je Untuk hasil terbaik

Video berdurasi 31 saat itu memaparkan hanya tiga bahan yang diperlukan untuk membuatkan langsir rumah nampak lebih cantik dan kemas.

Antaranya gunting, pelekat (tape) dan cawan jenis polisterin.

tips pasang langsir
Gambar: TikTok @noraftika93

Langkah-langkah 

Sebenarnya langkah bagi langsir tetap kemas adalah mudah. Jadi mari ikuti langkah seperti berikut;

Langkah yang pertama, ambil gunting dan cawan polisterin tadi. Kemudian, potong sisi cawan termasuk pada bahagian tapaknya sedikit seperti gambar di bawah.

tips pasang langsir
Gambar: TikTok @noraftika93

Seterusnya, masukkan cawan tadi yang telah siap dipotong ke celah langsir satu demi satu.

tips pasang langsir
Gambar: TikTok @noraftika93

Ketiga, bagi memastikan ia tidak jatuh. Gunakan tape pada cawan dan siap.

Gambar Sebelum 

Gambar: TikTok @noraftika93

Gambar Selepas

Gambar: TikTok @noraftika93
@noraftika_

Tips Langsir Nampak cantik dan Kemas 🥰🥰 #Langsirshoppee #langsirmurahdancantik #gdeals #masukberanda #fypdongggggggg #fypシ

♬ bunyi asal – AFTIKA💞 – T I K A 🕊

Hasilnya, bentuk langsir akan lebih menarik dan kemas. Selamat mencuba!

Sumber: TikTok @noraftika93

Iqbal Yasir

Tengah stalk gambar sebelah ke tu?