Siakap Keli
one ok rock malaysia disember 2023
Kredit: Instagram

Band Terkenal Jepun, ONE OK ROCK Bakal Buat Konsert Di Malaysia Disember Ini

Band Terkenal Jepun, ONE OK ROCK Bakal Buat Konsert Di Malaysia Disember Ini

Jika anda merupakan peminat tegar muzik rock Jepun atau J-Rock, anda mungkin pernah mendengar nama kumpulan ONE OK ROCK, kan?

Ada berita baik buat anda jika anda merupakan peminat tegar kumpulan ini. Menurut laporan media, ONE OK ROCK bakal mengadakan konsert di Malaysia pada Disember ini, sekaligus menamatkan penantian selama empat tahun.

Kehadiran mereka di Kuala Lumpur itu adalah sebahagian daripada konsert jelajah “Luxury Disease” yang bermula September sehingga Disember. Konsert berkenaan akan diadakan di beberapa kota besar Asia seperti Hong Kong, Taipei dan juga Manila.

Di Malaysia, konsert berkenaan dijangka akan diadakan pada 15 Disember di Axiata Arena Bukit Jalil. Difahamkan, tiket konsert berkenaan akan mula dijual pada awal bulan hadapan.

Bagaimanapun, susunan tempat duduk dan harga tiket mengikut jenis tiket masih belum diumumkan oleh mana-mana pihak berkaitan.

Sebelum ini, ONE OK ROCK pernah tampil di atas pentas di tanah air pada 2019. Ketika itu, kumpulan muzik berkenaan dipilih untuk membuat persembahan pembukaan bagi konsert jelajah Divided oleh Ed Sheeran.

Terdahulu, band berkenaan pernah membuat konsert jelajah Asia pada 2015 dan 2017. Bagaimanapun, nama Kuala Lumpur ‘terkeluar’ daripada senarai lokasi kedua-dua konsert berkenaan.

Dengan pengumuman baru-baru ini, nampaknya penantian peminat tempatan selama bertahun-tahun sudahpun berakhir.

Peminat boleh mendapat tiket pada awal Ogos ini

ONE OK ROCK merupakan kumpulan muzik asal Jepun yang sangat sinonim dengan persembahannya yang sangat bertenaga.

Selain itu, kumpulan muzik ini juga memiliki beberapa lagu hits seperti The Beginning (2013) dan Stand Out Fit In (2019).

Terdahulu, Malaysia menjadi antara lokasi utama artis-artis antarabangsa untuk menganjurkan konsert. Pada tahun lepas, Kuala Lumpur menerima kehadiran beberapa nama besar dunia hiburan antaranya Billie Eilish.

Manakala pada tahun ini, Blackpink dan Jay Chou sudahpun menghiburkan peminat-masing. Terbaru, kumpulan muzik terkemuka United Kingdom, Coldplay juga bakal berkunjung ke Malaysia tidak lama lagi.

BACA: Nak Padam Akaun Threads? Kena Padam Akaun Instagram Dulu Baru Boleh 

Sumber: Lifestyle Asia

Nur Syahirah Zainoor Hisham

Everyone has their own perspective, there’s nothing strange about that - Thoma