Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Calon Perdana Menteri Thailand Pita Jemput Taylor Swift Ke Thailand

Syed Faisal Sayed Muhammad
Calon Perdana Menteri Thailand taylor swift
Kredit BERNAMA

Calon Perdana Menteri Thailand Pita Jemput Taylor Swift Ke Thailand

BANGKOK, 7 Julai (Bernama) — Calon perdana menteri Thailand Pita Limjaroenrat telah menjemput bintang pop Amerika Taylor Swift untuk menjadikan Thailand antara satu destinasi bagi konsert jelajahnya di Asia ‘The Eras Tour’.

Pita menerusi akaun Twitternya, @Pita_MFP, dan menulis ciapan berbunyi “Hey Taylor! Saya peminat anda. Thailand kini kembali ke landasan untuk menjadi sebuah negara demokrasi sepenuhnya selepas anda terpaksa membatalkannya kali terakhir kerana rampasan kuasa. Rakyat Thai telah bersuara melalui pilihan raya dan kami semua berharap untuk mengalu-alukan anda ke negara kami yang indah ini!”

Baca: “Terus Capai Red & Black,” Wan Chai Cuak Kena Ganggu Ketika Live, Tiba-Tiba Semua Member Lesap Diganggu ‘Makhluk Halus’?

“Datanglah dan saya akan menyanyikan Lavender Haze bersama anda,” menurut ciapannya.

Singapura menjadi satu-satunya lokasi konsert di Asia Tenggara, dan perhentian kedua di Asia selepas Tokyo, Jepun bagi konsert jelajah itu.

Konsert jelajah penyanyi yang juga penulis lagu itu membabitkan 131 konsert di lima benua, bermula dengan Glendale, Arizona di Amerika Syarikat pada Mac dan dijangka berakhir di London, England pada Ogos 2024.

Laporan media menunjukkan bahawa lebih 22 juta individu telah mendaftar untuk jelajah Singapura.

Swift akan membuat persembahan enam hari di Stadium Nasional Singapura dari 2 hingga 4 Mac dan 7 hingga 9 Mac 2024.

Sementara itu, Perdana Menteri Kanada Justin Trudeau turut menggunakan platform Twitter bagi meyakinkan Swift untuk menjadikan Kanada sebagai destinasi jelajahnya.

Sumber: BERNAMA TAG: Thailand, Pita Limjaroenrat, Taylor Swift, The Eras Tour