Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Maklumat Kewangan & Info Sensitif Antara 13 Data Pengguna Yang Mungkin Dikutip Threads

Nur Syahirah Zainoor Hisham
 Threads Didakwa Mungkin Mengutip Data-data Pengguna
Kredit: AFP & App Store

Maklumat Kewangan & Info Sensitif Antara 13 Data Pengguna Yang Mungkin Dikutip Threads

Sejak dilancarkan semalam, aplikasi Threads menjadi sebutan dan pantas dimuat turun oleh puluhan juta pengguna di seluruh dunia.

Walaupun Threads adalah aplikasi baru, namun seperti aplikasi-aplikasi media sosial yang sudah ada sebelum ini, Threads juga mengumpul beberapa data berkaitan pengguna.

Perkara berkenaan bukanlah rahsia dan ia tertera dalam deskripsi aplikasi ini yang dinyatakan bersama di dalam dalam gedung aplikasi.

Aplikasi-aplikasi seperti Twitter, Facebook dan sebagainya turut menyatakan secara jelas data-data yang dikumpul mereka bersama aplikasi masing-masing.

13 data pengguna yang mungkin dikutip oleh Threads

Menurut Threads, data-data yang mungkin dikumpul ini bagi membantu mereka menawarkan kepada pengguna pengalaman interaksi terbaik ketika menggunakan aplikasi itu.

Maklumat ini boleh diakses pada bahagian See Details yang menjelaskan secara terperinci maklumat berkenaan aplikasi ini.

Berdasarkan deskripsi , terdapat sekurang-kurangnya 13 jenis data pengguna yang dinyatakan secara jelas yang mungkin dikumpul oleh mereka.

Data-data berkenaan adalah maklumat kesihatan dan kecergasan, maklumat kewangan, info hubungan, kandungan pengguna dan sejarah browsing.

Selain itu, Threads juga mungkin mengumpul maklumat penggunaan data, diagnostik, maklumat pembelian, kenalan-kenalan, sejarah carian, pengenalan dan maklumat-maklumat sensitif.

Threads juga memaklumkan mereka juga mungkin mengutip maklumat-maklumat lain yang tidak dinyatakan.

Difahamkan, jumlah data yang mungkin dikumpul Threads ini tidak mengejutkan dan serupa dengan data yang dikumpul oleh Instagram. Kedua-dua aplikasi tersebut termasuk Facebook dimiliki oleh Meta.Inc.

Terdahulu, CEO Meta, Mark Zurkerberg memaklumkan bahawa Threads berjaya mengumpul sebanyak 10 juta pengguna dalam tempoh tujuh jam sahaja.

Ia mula dilepaskan untuk pasaran Amerika Syarikat pada Khamis sebelum bertemu dengan pengguna-pengguna global di pada Jumaat.

Bagaimanapun, pengguna-pengguna di negara-negara Eropah mungkin perlu menunggu lebih lama memandangkan terdapat beberapa isu yang belum diselesaikan.

Antara isu yang timbul berkenaan Threads disana termasuklah kebimbangan berkenaan jenis data peribadi yang mungkin dikutip.

BACA: Nak Padam Akaun Threads? Kena Padam Akaun Instagram Dulu Baru Boleh

Sumber: Sea Mashable, Threads