Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

MCA, MIC Dilibatkan Pembentukan Kerajaan Negeri Sembilan Akan Datang – Amirudin
SHAH ALAM, 7 Julai (Bernama) — Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari memberi jaminan peranan MCA dan MIC akan dilibatkan dalam pembentukan pentadbiran kerajaan negeri pada masa akan datang jika gabungan parti Kerajaan Perpaduan dapat mempertahankan Selangor pada Pilihan Raya Negeri (PRN).
Amirudin yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Selangor berkata penglibatan parti-parti dalam Kerajaan Perpaduan dalam pentadbiran negeri penting demi kestabilan politik di negeri berkenaan.
“Mereka juga harus dilibatkan sama semasa kempen dan pentadbiran masa depan kerajaaan negeri. Saya sedia sebut hal itu, kerana kita mahu mengekalkan konsep gabungan Kerajaan Perpaduan yang saya anggap suatu jawapan kepada ketidaktentuan politik yang tercipta pada 2020.
“Kita mahu lebih ramai terlibat dan bersama-sama, more heads are better than one,” katanya pada sidang media selepas majlis penyerahan Program Bantuan Sekolah Negeri Selangor 2023, di sini hari ini.
Sebelum ini, MCA dan MIC mengumumkan tidak akan bertanding pada PRN Selangor, Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Kelantan, Kedah dan Terengganu bulan hadapan, bagi menumpukan kepada persediaan menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU16).
PRN di keenam-enam negeri itu dijalankan secara serentak dengan 12 Ogos ditetapkan sebagai tarikh pengundian, manakala tarikh penamaan calon pada 29 Julai dan pengundian awal 8 Ogos.
BACA: Nak Padam Akaun Threads? Kena Padam Akaun Instagram Dulu Baru Boleh
Sumber: Bernama