Siakap Keli
spesis mengkarung baru
Sumber: Reptiles Megazine

Spesis Baru Mengkarung Ditemui Penyelidik Di Vietnam

Spesis Baru Mengkarung Ditemui Penyelidik Di Vietnam

Sekumpulan penyelidik dari Vietnam dan Jerman telah menemui spesies baru mengkarung buaya kecil di wilayah tanah tinggi Kon Tum, Vietnam lapor Vn Express.

Amfibia baharu itu dinamakan Tylototrian Ngoclinhensis ditemui di Hutan Simpan Ngoc Linh pada akhir Mei lalu berikutan tinjauan lapangan yang dilakukan oleh sembilan penyelidik dari dua buah negara.

Menurut kajian yang dilakukan, spesis mengkarung baru itu berukuran 60.8 sehingga 66.5 mm panjang dalam SVL (panjang badan haiwan yang diukur dari hujung muncung ke hujung belakang) dan 57.6 sehingga 61.8 mm dalam TL (panjang yang diukur dari hujung muncung ke hujung cuping telinga lebih panjang sirip ekor).

Kajian daripada penyelidik itu telah diterbitkan di Zookeys, jurnal saintifik meliputi taksonomi zoologi, filogeni dan biogeografi pada 3 Julai.

Baca: “Terus Capai Red & Black,” Wan Chai Cuak Kena Ganggu Ketika Live, Tiba-Tiba Semua Member Lesap Diganggu ‘Makhluk Halus’?

Haiwan amfibia itu berwarna hitam dengan berkepala oren dan jalur belakang ke sekitar pangkal ekor. Mempunyai garis berbintik dibawah setiap sisi jalur serta garis hitam bermula dari hujung belakang mata ke bahu.

Menurut laporan, habitat spesies baharu di Gunung Ngoc Linh ialah hutan berdaun lebar malar hijau pergunungan utama, pada ketinggian antara 1,800 dan 2,300 dari paras laut.

Penyelidik Phung My Trung berkata bahawa di Vietnam, ada enam spesies mengkarung air buaya telah ditemui dan semuanya ditemui di utara dan utara-tengah Wilayah Nghe An.

Tambahan, penerbitan baharu itu akan membantu penyelidik reptilia dan amfibia pada masa hadapan menemui lebih banyak spesies baru mengkarung kecil di jalur tengah.

Trung juga mendedahkan bahawa pasukan itu menemui spesies itu pada 2018 dan mengambil masa sehingga 4 tahun penyelidikan dan tinjauan untuk mencari sarang ekologi dan spesimen baharu dan baru enam spesimen ditemui.

Dalam pada itu, pasukan penyelidik menulis dalam kajian mereka bahawa mereka mencadangkan spesies baru diklasifikasikan sebagai terancam dalam senarai merah IUCN (Kesatuan Antarabangsa untuk Pemuliharaan Alam Semulajadi).

Penemuan baharu ini penting mewakili takson Tylotriton kelapan yang diterangkan dari Vietnam dan pada masa yang sama membentuk rekod pengedaran paling selatan untuk keseluruhan genus di Asia.

Sumber: Vn Express International

Mohd Raimi Ismail

peace on earth