Siakap Keli
lelaki sedu 20 kali
Sumber All That Interesting

Tak Sengaja Cipta Rekod Dunia, Lelaki Dedah Alami Sedu 20 Kali Setiap Minit Selama 68 Tahun

Tak Sengaja Cipta Rekod Dunia, Lelaki Dedah Alami Sedu 20 Kali Setiap Minit Selama 68 Tahun

Sedu akan menyebabkan individu tidak selesa dan merimaskan, lebih lebih lagi jika berlaku dalam masa tempoh yang lama.

Hal ini berlaku kepada seorang lelaki yang menghidap sedu sepanjang hidupnya selepas mengalami kemalangan teruk seterusnya membuatkan dia tak sengaja mencipta Rekod Dunia Guinness.

Charles Osborne, 73 Tahun dilaporkan mengalami 20 kali sedu setiap minit dengan jumlah lebih 430 juta sepanjang hidupnya.

“Saya tak pernah tahu bagaimana rasanya hidup tanpa sedu ini,” ujar Charles Osborne kepada media pada tahun 1978.

Kawan Osborne juga menyifatkan walaupun keadaannya melemahkan, dia kekal positif dan suka berseronok dan wataknya yang tersedu sepanjang masa membuatkan orang ramai tertanya apa yang berlaku kepada lelaki tersebut.

Osborne yang lahir pada 1883 berkata bahawa penyakit seumur hidupnya bermula pada tahun 1992 apabila dia mengalami kemalangan ketika bekerja di sebuah ladang berhampiran Union, Nebraska.

Memetik laporan New York Post, Osborne menceritakan pada 1982, dia menggantung seekor babi seberat 350 paun untuk melapah dan kemudiannya terjatuh. Dia pada mulanya tidak terlalu memikirkan kejadian itu sehingga berlaku sedu yang tidak terhenti.

Bagi yang belum mengetahui, sedu dianggap berasal dari otak dan melibatkan penguncupan diafragma secara tidak sengaja dan penutupan glotis serta pembukaan kepada pita suara yang menyebabkan bunyi “hik”, menurut Science Alert.

Menurut majalah Smihtsonian, keadaan seseorang mengalami sedu boleh terjadi antara empat dan 60 sedu boleh disebabkan oleh pelbagai faktor termasuk minum atau makan terlalu banyak, teruja atau menelan udara semasa mengunyah gula-gula getah.

Selain itu, keadaan biasanya berlaku beberapa minit sahaja dan dianggap lebih sebagai kerengsaan daripada membimbangkan namun ia boleh menjadi tanda amaran kepada keadaan yang lebih serius.

Serangan yang berlaku kepada Osborne adalah berterusan selama lebih sebulan dan dianggap sukar dikawal dan jenis yang sangat jarang dialami oleh Osborne hanya terjadi 1 dalam 100,000 orang.

Namun begitu, masih tidak jelas apa yang menyebabkan keadaan petani itu, tetapi pada pemeriksaan berikutan dia terjatuh pada 1992 adalah disebabkan saluran darah yang pecah sebesar pin di otaknya.

Doktor Terence Anthony berpendapat bahawa kejatuhan itu memberi kesan kepada bahagian otaknya yang menghalang mekanisme sedu yang berlaku.

Ali Seifi, Pakar Bedah Saraf Texas mencipta sejenis peranti yang boleh melegakan sedu serta merta berpendapat bahawa pesakit itu mungkin mengalami kecederaan ringan semasa jatuh yang merosakkan otot pernafasannya sekaligus menyebabkan glotal yang berterusan.

Pada tahun 1978, 56 tahun selepas serangan penyakitnya itu, Osborne memberitahu Associated Press bahawa dia akan memberikan segala yang boleh menyingkirkannya.

Berharap untuk meringankan penderitaan Sisyphean yang dialami, lowan pernah pergi sejauh Alaska tetapi tidak ada yang dapat menyembuhkannya.

Dia kemudiannya menikmati rehat selepas menerima rawatan oksigen dan karbon monoksida di Mayo Klinik tetapi dia berhenti kerana tidak dapat menghirup gas toksik dengan selamat.

Osborne juga menganggarkan lebih 4,000 surat yang diterimanya untuk mengubati penderitaannya. Pelbagai teknik juga dipelajari daripada Mayo Klinik untuk mengurangkan bunyi hik pada sedunya.

Sementara itu, penderitaan tanpa henti lelaki itu juga menjadikannya sensasi  dan muncul di “The Tonight Show Stariing Johnny Carson dan di rancangan radio believe it or not” Robert Ripley.

Kemudian pada tahun 1990, sedu pada Osborne yang tidak dijelaskan berhenti hampir 70 tahun selepas ia bermula.

Osborne meninggal dunia pada Mei 1991, dan menikmati sekurang-kurangnya beberapa bulan tanpa mengalami sebarang gangguan sedu.

Sumber: New York Post

Mohd Raimi Ismail

peace on earth