Siakap Keli
bell berkempen undi
Kredit: bellngasriofficial/Instagram

Bell Ngasri ‘Berkempen’, Ajak Pelajar Turun Undi Anugerah

Bell Ngasri Berkempen, Ajak Pelajar Turun Undi Anugerah

Sempat berkempen, pelakon dan pelawak Bell Ngasri mengambil peluang mengajak sekumpulan pelajar untuk mengundinya selepas tersenarai sebagai finalis kategori Artis Komedi Popular dalam satu anugerah ternama baru-baru ini.

Dalam perkongsian di laman Instagram miliknya, Bell atau nama sebenar Nasrizal Ngasri dilihat sedang beramah mesra bersama para pelajar sebelum meninggalkan pesanan kepada mereka.

Bell yang lengkap dengan imej watak paling sinonim dengannya, Barkoba dikepung oleh para pelajar itu sempat menyantuni dengan menangkap swafoto bersama mereka.

Para pelajar tersebut juga tidak meninggalkan peluang untuk menghulurkan tangan bersalaman bersama pelawak tanah air tersebut.

Kredit: bellngasriofficial/Instagram

“Salam salam juga, jangan lupa untuk undi saya ya. Yak yak yeii bukan sebagai menteri tetapi sebagai (pemenang)…..

“Gunakan telefon itu untuk mengundi abang ya,” katanya.

Semasa meninggalkan pesanan itu, pelawak berusia 43 tahun tersebut mengakui dirinya tergagap ketika menyebut nama anugerah berkenaan kerana tidak pernah tercalon dalam kategori itu sebelum ini.

“Sebab tidak pernah tercalon, sebut pun salah.. Eh, eh, parah ini,” memetik kapsyen itu.

Para pelajar yang berada di situ juga kelihatan senang dengan kehadiran Bell dan menyambut dengan baik walaupun perkara itu berlaku secara spontan.

BACA: Mudah Je Nak Buat Sendiri Rupanya, Abang Ni Ajar Cara Buat Yogurt “Homemade”

Reaksi rakan artis dan warga maya

Menjengah di ruangan komen, rata-rata warga maya termasuk rakan-rakan artis tidak ketinggalan meninggalkan kata-kata sokongan buat Bell.

Mereka turut terhibur dengan gelagat Bell dan berharap pelawak tersebut membawa pulang trofi bagi pencalonan itu.

Penyanyi kumpulan ELLITE, Azza berharap supaya pelakon filem 16 Puasa dan 17 Puasa itu menang dalam kategori tersebut dan turut memberi sokongan kepadanya.

“Kau kali ini mesti menang Bell. Hidup Bell Ngasri,” katanya.

Kredit: Instagram

Manakala, pelakon Faezah Elai turut mengingatkan Bell untuk tidak menaikkan harga sekiranya dia berjaya merangkul trofi bagi anugerah tersebut.

“Kalau menang nanti jangan naik harga pula,” komen Faezah Elai sambil menambah emoji ketawa di belakang ayat.

Kemudian, Bell membalas komen tersebut dengan mengatakan harganya tidak akan naik malah akan berkurangan.

“Tak yang ini makin kurang, hehehe,” ujarnya.

Kredit: Instagram

Dalam pada itu, warga maya yang terhibur dengan lawak Bell turut menyatakan sokongan terhadapnya dan memberikan undian kepada pelawak itu.

Pengguna akaun Hafiy Yahaya berkata dia menggunakan e-mel ibu bapa dan anaknya berusia tujuh bulan untuk mengundi Bell, mengharapkan dia menang.

“Saya buat e-mel untuk mak, ayah dan anak saya yang baru berusia tujuh bulan ini untuk undi abang. Kami sekeluarga sahaja dah 100 lebih undi,” katanya.

Kredit: Instagram

Sementara itu, Anemross menyatakan dia telah melakukan undi sebanyak 20 kali sehari dan menggunakan lima e-mel untuk mengundi Bell.

“Setiap hari 20 undi. Saya guna lima e-mel undi Bell The Legendary,” tulisnya.

Kredit: Instagram

Sebelum ini, media melaporkan Bell sudah berkecimpung dalam dunia seni selama tiga dekad dan dia menyifatkan pencalonan itu sebagai sejarah peribadi buatnya.

Sumber: bellngasriofficial/Instagram

Nurhanis

Sesuatu yang dilepaskan secara terpaksa, sakitnya tidak pernah sederhana