Siakap Keli
cikgu konduktor muzik
Gambar: TikTok @akmasamsudin

Jadi Konduktor Muzik Pelajar Istimewa, Usaha Gigih Cikgu Ini Buat Ramai Terharu

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Jadi Konduktor Muzik Pelajar Istimewa, Usaha Gigih Cikgu Ini Buat Ramai Terharu

Guru ibarat insan kedua yang banyak memberikan tunjuk ajar disamping menabur bakti dalam perkerjaan dicintai.

Sebagai tenaga pendidik, merekalah yang membentuk permata-permata tanah air menjadi modal insan yang cemerlang.

Api perjuangan dalam mendidik anak-anak murid tidak akan pernah terpadam meskipun berdepan dengan pelbagai cabaran dan kesulitan.

Effort Cikgu Jadi Konduktor Muzik Curi Perhatian

Baru-baru ini tular usaha seorang guru bertindak sebagai konduktor muzik dalam membantu anak muridnya membuat persembahan nyanyian yang bertempat di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bukit Sentosa.

Dalam video berdurasi 30 saat itu memaparkan guru berpakaian kurung berwarna ungu itu sanggup mundar-mandir dan berpenat-lelah dalam membantu menjayakan nyanyian anak-anak muridnya.

BACA JUGA: Pelajar & Guru Di Jepun Kerumun, Lindung Pelajar Muslim Pengsan Ketika Bersukan

Lebih meruntun hati, difahamkan, murid-murid yang terlibat merupakan kanak-kanak istimewa.

Akma Samsudin sewaktu dihubungi berkata dia merupakan seorang tenaga pengajar di bawah Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) di SMK Bukit Sentosa, Rawang, Selangor.

Ketika ditanya mengenai video tersebut, guru itu menjelaskan bahawa dia bertindak sebagai konduktor muzik dalam membantu murid-murid khas membuat persembahan nyanyian.

“Sebenarnya, saya merupakan konduktor muzik bagi murid khas yang bermasalah dalam pembelajaran. Persembahan nyanyian itu dilakukan oleh mereka sewaktu Majlis Persaraan Guru Pendidikan Khas.

“Kebiasaannya, saya mengambil masa lebih kurang sebulan untuk mengajar anak-anak murid,” ujarnya.

Maklum Akma, walau bagaimanapun, bergelar seorang guru bukanlah sesuatu tugas yang mudah, apatah lagi mengajar kanak-kanak istimewa.

“Cabarannya agak tinggi kerana murid-murid yang saya conduct terdiri daripada kalangan autism, hyperaktif, disleksia dan pelbagai lagi,” katanya.

Menerusi video yang dimuat naiknya @akmasamsuddin di platform TikTok itu menerima tepukan gemuruh daripada penonton yang terdiri daripada guru-guru dan murid-murid,

Komen Netizen

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet terharu melihat usaha yang ditunjukkan oleh guru itu.

 

Untuk makluman, video ini mendapat lebih 1.6 juta tontonan, lebih 60,000 tanda ‘Suka’ dan lebih 1,000 komen oleh pengguna.

@akmasamsuddin

#SMKBukitSentosa

♬ original sound – Akma Samsuddin – Akma Samsuddin

Sumber: TikTok @akmasamsuddin

Iqbal Yasir

Tengah stalk gambar sebelah ke tu?