Siakap Keli
pelajar jepun lindung pelajar muslim
Gambar: Keluarga Jepun-Indonesia Via Tamu

Pelajar & Guru Di Jepun Kerumun, Lindung Pelajar Muslim Pengsan Ketika Bersukan

Pelajar & Guru Di Jepun Kerumun, Lindung Pelajar Muslim Pengsan Ketika Bersukan

Sebut sahaja mengenai negara matahari terbit, Jepun sememangnya terkenal dengan adab dan budi bahasa yang tinggi dalam kalangan rakyat mereka.

Oleh itu, tidak hairan mengapa negara itu dapat berkembang pesat dalam tempoh masa yang sangat singkat.

Kebiasaannya, rakyat tempatan seringkali menundukkan sedikit kepala mereka sebagai tanda hormat atau memohon maaf. Adab dan sikap yang diterapkan oleh rakyat Jepun sememangnya tidak dapat disangkal lagi.

Baru-baru ini tular di media sosial berhubung seorang pelajar muslim secara tiba-tiba pengsan sewaktu aktiviti sukan di sebuah sekolah di negara berkenaan.

Apa yang mencuri tumpuan ramai adalah guru-guru dan para pelajar lain segera berkerumun melindungi gadis beragama Islam itu sejurus dia tidak sedarkan diri.

Hal ini kerana, sewaktu kejadian, sebahagian tudung pelajar berkenaan dibuka sewaktu diberikan bantuan kecemasan.

Video tersebut telah dimuat naik di saluran YouTube oleh akaun Keluarga Jepun-Indonesia pada 15 Jun lalu. Difahamkan, gadis tersebut merupakan pelajar bernama Ria.

Menurut Tamu, Ria merupakan satu-satunya pelajar yang bertudung dalam kalangan pelajar lain di sekolah rendah berkenaan dan berasal dari Lombok, Indonesia.

BACA JUGA: Pelajar Lelaki Pengsan, Dapat Tahu Perlu Jawab “Exam” Dalam Dewan Penuh Perempuan

Sementara itu, bapa Ria turut menyatakan kebimbangan selepas Ria dilaporkan pengsan.

“Ria tiba-tiba pengsan.  Saya tahu itu, saya buntu apabila mendapati anak saya pengsan. Apatah lagi, saya tidak dapat memberikan bantuan akibat keterbasan peraturan sekolah.

“Penjaga yang hadir tidak dibenarkan berinteraksi dengan pelajar,” jelasnya.

Walau bagaimanapun, dia tetap bersyukur kerana rakan-rakan dan guru anaknya itu segera menutupinya ketika tudungnya ditanggalkan untuk pertolongan cemas.

“Mereka adalah kawan Ria dan gurunya segera membentuk satu bulatan bagi menutupi Ria yang diberi pertolongan cemas apabila tudungnya ditanggalkan.

“Sementara itu guru lelaki itu dengan ringkas memberitahu jurukamera supaya tidak mengambil gambar atau video,” katanya.

Tambahan lagi, dia juga tidak dapat menahan sebak ekoran sikap guru dan rakan-rakannya yang bertoleransi walaupun berlainan agama.

“Saya risaukan Ria. Saya terkejut dan terharu hingga tidak dapat menahan air mata kerana guru dan pelajar sangat memahami dan bertolak ansur dengan muslimah yang memakai tudung,” katanya lagi.

Sumber: Kumpuran

Iqbal Yasir

Tengah stalk gambar sebelah ke tu?