Siakap Keli
koleksi kad pokemon dilelong
Gambar Via BBC

Koleksi Kad Pokemon Dilelong Dengan Harga Lebih RM300,000

Koleksi Kad Pokemon Dilelong Dengan Harga Lebih RM300,000

Koleksi kad Pokemon yang jarang ditemui telah berjaya dilelong pada harga £55,270 (RM328,084) di England baru-baru ini.

Menurut BBC, harga koleksi kad yang dijual di Pusat Lelongan Lichfield, Stafforshire itu adalah dua kali ganda melebihi tawaran permulaan.

Koleksi yang dimiliki oleh peminat yang berpangkalan di Nottinghamshire itu dilaporkan dikumpul dari tahun 1990-an hingga awal 2000-an.

Pelelong, Richard Winterton berkata harga koleksi itu dianggarkan kira-kira £25,000 (RM148,401), sebelum lelongan pada Selasa.

BACA: Perlawanan Sumbangsih Batal, Penyokong Boleh Pilih Tukar Tiket Atau Bayaran Balik – JDT

Bukan itu sahaja, penjualan tersebut juga mendapat perhatian dari seluruh dunia termasuk Jepun, China dan Amerika Syarikat.

Ia dilengkapi dengan 2,407 kad termasuk 10 set lengkap dan ia juga mempunyai lima set induk yang merangkumi setiap varian bagi kesemua kad itu.

Satu lagi koleksi menampilkan 16 versi kad promosi dan bersaiz besar yang dipanggil Pokemon Box Toppers.

Winterton berkata ia adalah jualan yang hebat kerana faktor kualiti kad terbabit.

Gambar Via BBC

“Sesetengah daripada kad ini sangat dicari sehingga pengumpul berpotensi untuk membeli keseluruhan set hanya untuk mendapatkan satu kad.

“Ini kekal sebagai pasaran yang sangat hangat di peringkat antarabangsa,” katanya.

Difahamkan, satu set Skyridge terdiri daripada 332 kad, dijual pada harga £18,000 (RM106,848)  kepada pembida dalam talian.

Koleksi Legendaris pula telah dibeli dengan harga £8,600 (RM51,049), manakala Aquapolis dengan harga £8,000 (RM47,488).

Kad Pokemon sememangnya sangat rare dan sentiasa menjadi perhatian terutama dalam kalangan peminat siri animasi itu sejak berdekad lamanya.

Mereka bahkan tidak teragak-agak untuk membelanjakan wang yang banyak untuk mendapatkan kad itu.

Bukan sahaja animasi dan kad tersebut, Pokemon juga mempunyai permainan video dan aplikasi Pokemon Go. Beberapa tahun lalu aplikasi itu menjadi trend di seluruh di dunia yang menyaksikan setiap orang gigih keluar ke serata tempat untuk mencari karakter-karakter Pokemon.

Menariknya, permainan itu adalah berdasarkan teknologi augmented reality.

BACA JUGA: Lelaki Guna Duit Pinjaman COVID-19 Beli Kad Pokemon RM238 Ribu

Sumber: BBC

Sofea

There's always another side to every story