Siakap Keli
Shila Amzah Ubai cahaya mata
Gambar: Instagram Ubai

Shila Amzah, Ubai Selamat Timang Cahaya Mata Perempuan

Shila Amzah, Ubai Selamat Timang Cahaya Mata Perempuan

Penyanyi popular Shila Amzah dan suaminya, Ubai selamat menimang cahaya mata perempuan yang diberikan nama Rhea Akira sebentar tadi.

Berita gembira itu dikongsikan oleh Ubai dalam satu hantaran di akaun Instagram rasmi miliknya.

Gambar: Instagram Ubai

Ubai atau nama sebenarnya Muhammad Ubaidillah meluahkan rasa gembira dan bersyukur dapat berada disamping isterinya sewaktu menyambut kelahiran anaknya.

“Alhamdulillah, isteri saya sudah selamat bersalin. Gugur air mata dan sebak melihat isteri bertarung nyawa demi cahaya mata tercinta.

“Pengalaman pertama kali melaungkan azan pada cahaya mata kami, sungguh luar biasa. Perasaan yang tak dapat saya ungkapkan.

“Terima kasih ya Allah atas rezeki yang kau berikan pada kami sekeluarga,” tulisnya dalam hantaran itu.

Tambah pempengaruh itu, kehadiran Rhea membuka satu lembaran baru dalam hidup sebagai seorang “bapa”.

 “Cucu pertama arwah mak dah selamat dilahirkan. Mesti arwah mak happy.

“Takdir dan perancangan Allah itu sangat hebat. Akan kami jaga sehabis baik amanah dan rezeki yang kau berikan ini.

“Assalamualaikum puteriku, Rhea Akira,” katanya.

Januari lalu, Ubai berkongsikan berita gembira di mana isterinya iaitu Shila atau nama sebenarnya, Nurshahila Amir Hamzah berbadan dua.

Menurutnya, perkara itu diumumkan lewat susulan mahu memastikan kehamilan Shila terjaga pada awal kandungan.

Untuk rekod, kedua-dua mereka selamat diijabkabulkan dengan mas kahwin sebanyak RM20,000 pada 5 Ogos lalu, petik Astro Awani.

Sebelum ini, Shila pernah mendirikan rumah tangga dengan Haris Edraki pada 2018 tetapi berakhir dengan perceraian dan hasil perkahwinan tersebut mereka dikurniakan seorang anak lelaki, Seth Uwais.

Sumber: Instagram Ubai

Iqbal Yasir

Tengah stalk gambar sebelah ke tu?