Siakap Keli
atlet tari sarawak hanoi stars
Gambar: Bernama

Atlet Tari Sarawak Raih Tiga Emas, Tiga Gangsa Pada Kejohanan Hanoi Stars

Atlet Tari Sarawak Raih Tiga Emas, Tiga Gangsa Pada Kejohanan Hanoi Stars

KUCHING, 11 Julai (Bernama) — Atlet sukan tari Sarawak merangkul tiga pingat emas dan tiga gangsa pada kejohanan Hanoi Stars Open ke-3, kejohanan yang disenaraikan di bawah Persekutuan Sukan Tarian Dunia (WDSF), di Vietnam pada Sabtu dan Ahad lepas.

Persatuan Sukan Tari Sarawak (SDA) dalam kenyataan hari ini memaklumkan trio dianggotai Amy Kho Yien Xing, Eunice Ling dan Cordelia Wee itu dibimbing oleh jurulatih Cindy Chung.

Amy muncul juara bagi kategori Adult Solo Open Latin dan Adult Solo Grade C Open Latin dalam kejohanan itu yang turut disertai antaranya atlet tuan rumah, China, Hong Kong, Taiwan, Thailand, Filipina, Kazakhstan dan Kyrgyzstan.

Cordelia meraih gangsa dalam kedua-dua kategori sama manakala Eunice membawa pulang emas dalam kategori Youth Solo Grade C Open dan gangsa dalam Junior Solo Grade C Open.

BACA JUGA: Proses Jualan Berlarutan, Ratcliffe Masih Berminat Beli Man United

Eunice turut menduduki tempat kelima dalam Junior Solo Grade A Open bersama-sama dua lagi atlet tari muda Sarawak, Valery Chung dan Erin Ung yang masing-masing berjaya mara hingga separuh akhir dan suku akhir dalam kategori Junior dan Juvenile.

Sementara itu, Chung yang juga pengurus pasukan dalam kenyataan sama berkata pencapaian yang membanggakan itu telah melepasi sasaran awal mereka menyertai kejohanan itu yang bertujuan memberi pendedahan kepada lima atlet sukan tari berkenaan yang menjalani latihan di sebuah pusat latihan tarian di sini.

“Sebelum kejohanan itu, pasukan berkenaan juga telah menyertai Kem Tarian Asia selama tiga hari di Hanoi dan ia sememangnya pengalaman yang bermanfaat kepada mereka,” katanya.

Sumber: Bernama 

Iqbal Yasir

Tengah stalk gambar sebelah ke tu?