Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Kementerian Luar Sudan Tolak Cadangan Tempatkan Pasukan Pengaman
KHARTOUM, 12 Julai (Bernama-AA) — Kementerian Luar Sudan menolak cadangan Pihak Berkuasa Antara Kerajaan Mengenai Pembangunan (IGAD) untuk menempatkan pasukan pengaman di negara itu bagi menghentikan pertempuran antara tentera Sudan dan pasukan separa tentera Rapid Support Forces (RSF).
Dalam satu kenyataan pada Selasa, kementerian itu mengecam sebarang percubaan untuk mengerahkan pasukan pengaman di Sudan dan memberi amaran bahawa tindakan itu dianggap sebagai menceroboh.
“Kenyataan akhir Kuartet (IGAD) (di sidang kemuncak IGAD di Addis Ababa) untuk mempertimbangkan kemungkinan mengerahkan pasukan pengaman melindungi orang awam dan memastikan aliran bantuan kemanusiaan.
“Dalam hal ini, kerajaan Sudan menegaskan bahawa bantuan kemanusiaan yang disediakan oleh badan antarabangsa telah disalurkan dan sampai kepada mereka yang memerlukan dan kerajaan Sudan tetap berusaha untuk meringankan penderitaan rakyat dan mengatasi semua kekangan dalam hal ini.
“Dengan ini kerajaan Sudan mengesahkan enggan menerima penempatan mana-mana tentera asing ke Sudan dan akan menganggap mereka sebagai penceroboh,” menurut kementerian itu, lapor Agensi Anadolu.
“Kehadiran delegasi Sudan ke Addis Ababa sebelum permulaan mesyuarat dan hubungannya terlebih dahulu dengan penganjur mesyuarat mengesahkan hasrat Sudan untuk melibatkan diri dalam mencari penyelesaian kepada krisis semasa. Apa yang dinyatakan dalam kenyataan akhir Kuartet mengenai ketiadaan delegasi kami adalah tidak tepat dan tidak realistik.
“Demi kredibiliti, dijangkakan kenyataan Kuartet menunjukkan bahawa tiada penyertaan delegasi kerajaan Sudan adalah disebabkan oleh bantahan yang jelas terhadap jawatan presiden Kuartet Presiden William Ruto,” menurut kementerian itu.
Sumber: Bernama