Siakap Keli
watie pujuk matin
Gambar: Instagram @iamwatie

“Merajuk Sampai Nangis,” Cair Hati Tengok, Usaha Watie Cuba Pujuk Matin Dipuji Ramai

“Merajuk Sampai Nangis,” Cair Hati Tengok, Usaha Watie Cuba Pujuk Matin Dipuji Ramai

Hubungan mesra antara isteri pelawak, Shuib Sepahtu, Watie Hanifiah bersama anaknya Ariq Matin baru-baru ini mencuri tumpuan warganet.

Menerusi satu rakaman video yang dimuat naik oleh Watie atau nama sebenarnya Fati Nikmatul Adawiyah Hanifiah, memaparkan usahanya dalam mengambil hati anak lelaki Shuib itu.

Berdasarkan video itu, Matin kelihatan merajuk sambil menutup wajahnya menggunakan kedua-dua belah tangan pada dashboard kereta.

Menurut isteri pelawak tersebut, Matin berkelakuan seperti itu setelah Watie memeluk Dekta.

“Alkisahnya…

“Semalam lepas tengok video nyanyi mummy dan Dekta, ada yang jeles, merajuk sampai menangis.

“Padahalnya dia lupa yang dia tak ikut mummy. Memang sampai ke sudah lah jawapan mummy tu dia tak dapat nak terima,” tulis Watie di akaun Instagram rasmi miliknya.

Cemburu Mummy Peluk Dengan Orang Lain

Meskipun cuba dipujuk olehnya, anak lelaki tirinya itu masih berkeras dengan pendiriannya.

“Matin, you nak merajuk, sekarang ni mummy dengan Dekta je keluar berdua. You tak ikut mummy.

“Masa tu you dekat rumah atuk,” jelasnya kepada Matin.

“Tipu..Kenapa masa habis tu mummy peluk Dekta je, tak peluk Matin. Habis yang nyanyi,” ujar Matin sewaktu ditanya oleh Watie.

BACA JUGA: “Penuh Kenangan,” Shuib Bawa Watie Makan Tempat “Favourite” Arwah Siti Sarah

Watie bagaimanapun cuba untuk menenangkan Matin dengan menjelaskan bahawa dia tidak mengikutinya pada ketika itu.

“Biar mummy peluk Dekta pula, asyik peluk you je,” selorohnya pada Matin.

Cair Hati Netizen, Tengok Watie Pujuk Anak Shuib

Sementara itu, menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet memuji sikap yang ditonjolkan oleh Watie sewaktu cuba memujuk Matin.

Sebahagian mereka menyifatkan bahawa anak-anak Shuib itu kini mempunyai tempat mengadu setelah kehilangan ibu mereka, Siti Sarah.

Dalam pada itu turut kelihatan Shuib yang melontarkan komen dalam hantaran tersebut.

“Anak manja didi, Matin. Mummy pun nak record cuba dilap dulu lens, dah kusam je videonya,” komennya yang terhibur melihat anak dan isterinya.

watie pujuk anak shuib

watie pujuk anak shuib

 

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Watie Hanifiah (@iamwatie)

Pernikahan Shuib & Watie

Terdahulu, Shuib atau nama sebenarnya, Shahmira Muhammad sah bergelar suami kepada Watie dalam satu majlis perkahwinan pada 23 Jun lalu, lapor Astro Gempak.

Majlis tersebut dilangsungkan di Putra Glass Hall, Putra Height dengan mas kahwin sebanyak RM8,288.

Sumber: Instagram @iamwatie

Iqbal Yasir

Tengah stalk gambar sebelah ke tu?