Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Perlumbaan Masa Depan? Ramai Teruja Tengok Persembahan Lumba Jetpack

Iqbal Yasir
video lumba jetpack
Gambar: TikTok @@richardmbrowning

Perlumbaan Masa Depan? Ramai Teruja Tengok Persembahan Lumba Jetpack

Pernahkah anda membayangkan bagaimana kehidupan dalam tempoh tiga hingga lima dekad akan datang? Bagaimanakah cara kehidupan manusia pada ketika itu?

Lebih-lebih lagi dengan arus modenisasi yang kian pesat membangun.

Sehingga ke hari ini, kita dapat menyaksikan pelbagai ciptaan dan teknologi canggih mula diaplikasikan dalam kehidupan harian. Bermula dari dalaman rumah hingga ke kehidupan luar.

Kebiasaannya, semua ini bermula dengan fantasi yang sering dipertontonkan dalam kaca televisyen seperti robot-robot mesin dan alatan elektronik canggih.

Bukan sahaja itu, pastinya terlintas dalam fikiran dan persepsi anda bahawa ‘masa depan’ terdiri dengan keupayaan tidak terbatas seperti kereta terbang dan lebih menarik, manusia terbang.

Namun, hari ini kita dapat menyaksikan sendiri bagaimana ilmu sains dan kejuruteraan mula menukarkan perkara luar biasa kepada biasa dengan menguasai dan memberikan kemudahan dalam kehidupan manusia.

Oleh itu, tidak dinafikan dalam tempoh beberapa dekad lagi kita mungkin bakal menyaksikan pelbagai perubahan dalam aktiviti manusia.

Video Persembahan Guna ‘Jetpack’ Raih Perhatian

Baru-baru ini tular satu rakaman yang memaparkan beberapa orang yang lengkap berpakaian sut seperti terapung di udara.

Perkara itu tidak ubah seperti apa yang digambarkan oleh kita berhubung masa akan datang apabila muncul alatan yang boleh membuatkan manusia terbang di udara.

Menerusi video berdurasi 9 saat yang dimuat naik oleh @richardmbrowning di TikTok menunjukkan tiga individu sedang menggalas jetpack di belakang badan.

BACA JUGA: Singgah Kedai Mamak Makan Roti Canai, Kehadiran ‘Rocky Bhai’ Curi Tumpuan Ramai

Pada kedua-dua belah tangan pula, terdapat alat yang dipercayai bertindak sebagai penentu arah atau pusat kawalan.

Menariknya, sewaktu video ini dirakam, tiga individu di dalam video itu berada di sebuah litar perlumbaan.

Lebih-lebih kesemua mereka melepasi garisan penamat meskipun berbeza dengan perlumbaan lain yang menyentuh permukaan tanah.

Tambahan lagi, ruangan tempat duduk juga kelihatan dibanjiri oleh para penonton.

Difahamkan, video tular dipercayai ‘Persembahan Istimewa’ yang dilangsungkan sebelum perlumbaan Moto GP di litar Austrian F1 2023 baru-baru ini.

Komen Netizen

Rata-rata netizen kelihatan sangat teruja menerusi komen-komen yang dilontarkan di ruangan aplikasi tersebut.

Tambahan lagi, mereka merasakan bahawa dengan kewujudan teknologi itu, seolah-olah manusia berada di masa hadapan.

Bukan sahaja itu, sesetengah mereka menyamakan dengan permainan video dan filem yang pernah ditonton misalnya GTA San Andreas dan Star Wars. Bahkan ia kelihatan seperti perlumbaan lebah.

video lumba jetpack
video lumba jetpack
video lumba jetpack

Kewujudan Jetpack

Mungkin ramai yang menyangka bahawa jetpack merupakan sesuatu yang baru kan?

Menurut How Stuff Works, sebenarnya, kewujudan jetpack telah lama, sekitar tahun 1940-an bersamaan lebih setengah abad yang lalu.

Penyelidikan ciptaan teknologi dilaksanakan oleh tentera Amerika Syarikat di Redstone Arsenal in Alabama pada 1949.

Pada 1952, seorang lelaki, Thomas Moorebe berjaya membuat percubaan jetpack dan terbang di udara untuk beberapa saat buat pertama kalinya.

Bagaimana Jetpack berfungsi?

Menurut Smithsonian Institution, jetpack berfungsi seperti mana sebuah roket berfungsi.

Ia menggunakan gas yang dimampatkan. Perkara ini membolehkan juruterbang (pengemudi) mengawal bukaan lubang pada kanister, yang menghasilkan tekanan yang lebih kuat pada bahagian atas kanister daripada di bahagian bawah.

Hal ini kerana gas yang dikeluarkan bersifat tidak menolak.

Sehubungan itu, jetpack boleh terbang dengan ke udara dengan mengawal bukaan angin.

Perlumbaan Jetpack

Menurut Sport Business, Ketua Eksekutif JetPack Aviation, David Mayman pada 2019 berkata, syarikat itu bakal menganjurkan Liga Lumba JetPack.

Walau bagaimanapun, tiada info atau makluman rasmi mengenai liga berkenaan sehingga kini.

Sumber: TikTok @richardmbrowning, Tiktok @paul_stronger