Siakap Keli
murid hadiahkan cikgu rantai
Kredit: TikTok

Anak Murid Hadiahkan Cikgu Rantai RM32k, Tanda Perpisahan Di Hari Terakhir Persekolahan

Anak Murid Hadiahkan Cikgu Rantai RM32k, Tanda Perpisahan Di Hari Terakhir Persekolahan

Guru merupakan salah satu profesion yang memberikan impak besar buat masyarakat. Bermula daripada mengajar kita mengenali huruf sehingga memahami konsep kompleks, peranan besar guru sudah tentu tidak boleh dinafikan.

Umumnya, acuan daripada seorang gurulah, selain ibu bapa, yang membantu membentuk personaliti dan pembawaan diri seseorang itu.

Rata-rata hampir setiap manusia di atas muka ini mempelajari sesuatu perkara baharu dari guru-guru mereka. Tidak kira pendidikan formal mahupun tidak, sesiapa sahaja yang ‘menurunkan’ ilmu mereka kepada kita wajar dihormati sebagai guru.

Malah, di Malaysia kita juga mendedikasikan satu hari khas, iaitu Hari Guru yang disambut pada 16 Mei setiap tahun bagi menghargai jasa warga pendidik.

Pada hari tersebut, pelbagai aktiviti menarik diadakan untuk meraikan komuniti penting dalam masyarakat ini. Bagi murid yang hadir daripada keluarga berkemampuan, guru-guru diberikan hadiah sebagai tanda penghargaan dan berterima kasih.

Selain Hari Guru, biasanya murid-murid juga akan memberikan hadiah penghargaan kepada guru-guru mereka pada hari akhir persekolahan.

Hadiah penghargaan merangkap hadiah perpisahan adalah untuk menghargai setiap jasa yang pernah dicurahkan, selain sebagai sebahagian daripada memori di bangku sekolah.

Ibu memberikan sekalung rantai berharga RM32K buat guru yang telah lama mencurahkan ilmu kepada anaknya

Seorang usahawan wanita, Farah Wen (@farahwen) baru-baru ini berkongsi detik istimewa anak lelakinya, Ali yang memberi hadiah kepada gurunya pada hari akhir persekolahan.

Dalam hantaran TikToknya yang berdurasi 34 saat, beliau berkongsi detik-detik manis yang berlaku pada hari tersebut bersama para pengikutnya.

Difahamkan, Ali bersekolah di sebuah sekolah antarabangsa.

“Inilah masa untuk mengucapkan selamat tinggal buat rakan-rakan karibnya dan senior yang comel. Saat yang paling sedih adalah, mengucapkan selamat tinggal kepada gurunya.”

Bagi menghargai jasa guru tersebut, Farah telah mempersiapkan sebuah kejutan untuk guru tersebut. Difahamkan, wanita berkenaan merupakan guru pertama Ali dan anaknya telah mempelajari banyak perkara daripada dia.

Menerusi video yang sama, Farah turut berkongsi detik dia mengunjungi sebuah kedai barangan kemas.

Anak murid hadiahkan cikgu rantai

Berdasarkan video terbabit, usahawan tersebut telah memilih untuk menghadiahkan seutas rantai yang bernilai RM32,490 kepada gurunya.

murid hadiahkan cikgu rantai
Kredit: TikTok

Pada penghung video, Ali kelihatan sedang memegang tiga beg kertas dan memberikan salah satu beg yang mengandungi rantai berkenaan kepada gurunya.

“Anda (merujuk guru tersebut) akan sentiasa menjadi guru pertama dalam hatinya (Ali),” katanya menerusi kapsyen dalam video terbabit.

Sudah tentu, ramai pengikut Farah di TikTok terkesima apabila melihat nilai hadiah yang diberikan kepada cikgu Ali. Namun, rata-rata berpendapat ilmu yang dicurahkan oleh cikgu berkenaan kepada Ali tidak terkira nilainya.

@farahwen

Last day of school with Ali 🥺 #fyp #lastday

♬ Somewhere Only We Know – Hilman Rospandi

Secara umumnya, guru-guru akan sentiasa menghargai setiap pemberian dan usaha yang diberikan anak murid untuk berjaya.

Bagi mereka, mendidik seseorang individu untuk menjadi manusia yang berguna adalah satu tugas mulia yang wajib dilaksanakan.

BACA: Dah Buang Tangkai Letak Bahan ‘Rahsia’ Ni, Cara Simpan Cili Padi Dalam Peti Sejuk, Jadi Tahan Lama

Sumber: @farahwen via TikTok

Nur Syahirah Zainoor Hisham

Everyone has their own perspective, there’s nothing strange about that - Thoma