Siakap Keli
fungsi lubang pada topi
Kredit Adidas

Bukan Saja-Saja Letak, Ini Fungsi Lubang Kecil Pada Topi

Bukan Saja-Saja Letak, Ini Fungsi Lubang Kecil Pada Topi

Industri fesyen merupakan antara yang sangat besar dan mempunyai kelompok kumpulan yang sentiasa mendambakan koleksi-koleksi terbaru.

Dari hujung rambut sampailah ke hujung kaki, semuanya merupakan perkara yang melibatkan industri dunia fesyen.

Pemakaian topi juga merupakan sebahagian daripada fesyen, tidak kira apa jenis topi sekalipun.

Bagi pemakai topi jenis baseball pasti anda mempunyai pelbagai jenis corak dan warna dalam koleksi anda.

Tetapi pernah tak anda tilik topi yang berada dalam koleksi anda?

Kredit Smithsonian Magazine

Jika anda perasan, terdapat beberapa lubang yang berada di sekeliling topi milik anda. Namun apa sebenarnya kegunaan lubang-lubang tu?

Justeru, penulisan pada hari ini akan menjelaskan fungsi lubang tersebut pada topi dalam simpanan koleksi anda.

Bila lubang ini mula diperkenalkan?

Sebelum kita mengetahui kenapa lubang tersebut wujud, mari kita ketahui terlebih dahulu bila ciri tersebut diperkenalkan dalam pembuatan topi.

Ciri ‘eyelet’ atau lubang pada topi mula diperkenalkan pada abad ke-14, di mana ciri itu pada awalnya dibuat hanyalah sebagai hiasan digunakan untuk mengikat pakaian.

Eyelet dan grommet mempunyai tujuan yang sama. Bagaimanapun, grommet lebih besar daripada eyelet dan itulah sebabnya eyelet sering digunakan dalam pakaian seperti topi, dan kasut.

Kredit Adidas

Mesin eyelet pertama dicipta oleh W. H. Rodgers pada tahun 1859.

Selain pada topi, ciri eyelet sehingga kini masih digunakan dalam kebanyakan pembuatan kasut tenis seperti Converse.

Converse bukan sahaja mempunyai lubang untuk tali kasut, tetapi mereka juga menambah ciri tersebut pada bahagian sisi kasut sebagai lubang pengudaraan.

Mengapa topi mempunyai lubang atau eyelet?

Kebiasaannya lubang pada topi adalah untuk pengudaraan di dalam dan di sekeliling kepala si pemakai.

Banyak topi yang dihasilkan mempunyai lubang padanya, namun tidak semua topi akan diletakkan ciri tersebut.

Kredit Hatrealm

Ini kerana, walaupun lubang itu bermanfaat, ia juga tidak diperlukan bagi setiap jenis topi yang ada di pasaran.

Seperti yang diketahui umum, tujuan utama lubang itu dibuat adalah untuk pengudaraan. Tujuan atau fungsi topi itu sendiri akan menentukan sama ada lubang harus dibuat pada topi atau tidak.

Selain itu, bilangan lubang pada topi juga berbeza-beza dan kebiasaannya ia akan mempunyai sebanyak enam lubang.

Kredit Hatwork

Lubang-lubang ini diletakkan di kedudukan yang strategik bagi membolehkan pengudaraan yang mencukupi ke kepala serta melepaskan haba yang disimpan.

Kebiasaannya lubang-lubang ini akan diletakkan pada sekeliling topi baseball iaitu dari hadapan ke tepi dan kemudian di belakang.

Tujuan kedudukan lubang yang strategik ini adalah untuk mendapatkan udara yang cukup di setiap sudut dan ceruk kepala semasa topi dipakai.

Ada keburukan ke pakai topi yang tidak mempunyai lubang?

Pemakaian topi tanpa lubang bergantung kepada cara si pemakai untuk menggunakannya.

Memandangkan tujuan utama lubang pada topi adalah untuk pengudaraan, adalah tidak produktif untuk memakai topi tanpa lubang apabila melakukan aktiviti lasak.

Kredit Hatswork

Sebabnya ialah anda cenderung untuk berpeluh dengan banyak di kepala dan seterusnya akan membawa kepada ketidakselesaan serta bau yang tidak menyenangkan.

Secara amnya, walaupun perkara ini berlaku pada setiap topi dan bukan hanya pada yang tidak mempunyai lubang, anda perlu cuba elakkan memakai topi yang tidak sesuai.

Topi yang terlalu kecil akan mendatangkan kemudaratan dan menyebabkan kesakitan pada bahagian tepi kepala si pemakai. Ia selalunya boleh menyebabkan kerosakan kekal pada rambut anda serta menyebabkan ‘frictional alopecia’.

Keadaan ini akan menyebabkan anda kehilangan rambut secara beransur-ansur akibat daripada kerap digosok.

Walaupun hubungan antara pemakaian topi dan keadaan ini masih belum dapat dipastikan secara saintifik, segelintir orang telah mula memahami keadaan ini.

BACA: Lelaki Ajar Teknik Mudah Guna “Chopstick”, “Confirm” Ramai Boleh Buat

Secara kesimpulannya, ciri lubang yang wujud pada topi adalah bertujuan sebagai lubang pengudaraan kepada si pemakai apabila memakai topi. Ia adalah untuk keselesaan si pemakai dan mengelakkan rambut basah akibat berpeluh dan seterusnya menyebabkan rambut berbau busuk.

Sumber: Hatrealm, CovaBase, Hatswork

Syed Faisal Sayed Muhammad

Kehidupan itu laksana tenunan yang bersambung menjadi kata- Hamka

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.