Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Didakwa Hina Sultan Selangor, Polis Buka Kertas Siasatan Berhubung Kenyataan Sanusi
Berhubung kenyataan yang didakwa menghina Sultan Selangor, Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor dilaporkan sedang disiasat polis, lapor Sinar Harian.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata bahawa pihaknya kini telah membuka kertas siasatan yang melibatkan isu 3R (raja, agama dan kaum).
“Kita telah membuka 61 kes berkaitan isu 3R sejak 27 Mac lalu, termasuk kes terbaharu melibatkan Muhammad Sanusi,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman di sini pada Khamis.
Tambah Razarudin, pihaknya juga telah membuka kertas siasatan berkaitan isu 3R yang membabitkan ahli politik, bekas ahli politik dan badan bukan kerajaan (NGO).
“Selain Muhammad Sanusi, kita turut menyiasat Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, Pengerusi DAP, Lim Guan Eng serta Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang,” katanya.
Menurut beliau lagi, pihaknya kini telah menubuhkan pasukan khas yang melibatkan 21 pegawai dan anggota bagi menjalankan siasatan berhubung kes 3R tersebut.
“Kes disiasat melibatkan isu 3R mengikut Seksyen Kanun Keseksaan, Akta Hasutan 1948 dan Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
“Kertas siasatan yang sudah lengkap akan diserahkan kepada Pejabat Peguam Negara untuk tindakan selanjutnya,” katanya.
Selain itu, Razarudin juga berkata bahawa hasil siasatan daripada pihaknya mendapati isu 3R sering dimainkan menjelang pilihan raya negeri (PRN).
“Kadang-kadang ada pihak bercakap terlampau seronok tanpa memikirkan perasaan orang lain, fitnah dan mengaibkan.
“Apa jua perkara sensitif melibatkan isu 3R kita akan siasat segera, mana-mana pihak yang didapati cuba memainkan isu ini tidak akan terlepas daripada tindakan undang-undang,” katanya.
BACA: Lelaki Ajar Teknik Mudah Guna “Chopstick”, “Confirm” Ramai Boleh Buat
Sumber: Sinar Harian