“Kahwin Elok-Elok..” Sempoi Habis, Wanita Teruja Dilamar Keluarga Lelaki Di Kedai Makan
Perkahwinan merupakan satu detik yang cukup bersejarah dalam hidup setiap orang. Ia diibaratkan seperti membuka satu lembaran baharu dalam hidup buat pasangan yang baru selamat diijab kabulkan.
Walau bagaimanapun, untuk melangsungkan majlis bukanlah sesuatu yang mudah. Banyak cabaran dan dugaan yang perlu dihadapi sebelum dapat bersanding di atas pelamin bersama.
Dalam sesebuah hubungan, persetujuan kedua-dua belah pihak merupakan aspek penting dalam merestui hubungan antara pasangan tersebut.
Kemudian, barulah ia boleh dibawa ke fasa selanjutnya iaitu melamar atau bertunang dan akhir sekali menuju ke jinjang pelamin.
Kebiasaanya, pihak lelaki akan menghantar wakil seperti ibu dan ahli keluarga dari pihaknya untuk melamar wanita pilihan.
Perkara ini sebagai satu tanda bahawa hubungan tersebut telah memasuki fasa yang lebih serius.
Kaklong Lamar Bakal Adik Ipar Di Kedai Makan Je
Baru-baru ini tular satu rakaman yang menunjukkan seorang wanita dilamar oleh dua orang wanita yang bersama seorang lelaki dipercayai ahli keluarga kepada pihak lelaki.
Apa yang mencuit hati, momen itu seperti berlaku secara spontan apatah lagi lokasi yang dipilih di sebuah gerai makanan.
Dalam video yang di muat naik oleh @aidadaud7 di aplikasi Tiktok menunjukkan proses lamaran tersebut.
“Alhamdulillah. Selesai tugasan Kaklong lamar bakal isteri untuk adik kita. Siap sound lagi hehe.
“Melamar dekat kedai makan, rilek je bakal adik ipar kena sound dengan kaklong,” tulisnya pada klip tersebut.
BACA JUGA: Tragedi Hari Bahagia, Pengantin Wanita Meninggal Dunia 5 Minit Selepas Akad Nikah
Video berdurasi 22 saat itu menunjukkan wanita (dipercayai kakak kepada pasangan lelaki) melamar seorang wanita dengan menyarungkan sebentuk cincin pada jari manisnya.
“Bismillahirrahmanirrahim. Masya-Allah, Nisa kena pakai jari ni eh jari manis.
“Kahwin elok-elok, gaduh aku rembat ko,” seloroh Kaklong sambil menyarungkan cincin pada jari.
Reaksi Netizen
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen terhibur dengan sikap mereka dan menyifatkan sangat ‘sporting’.
Tambahan lagi, sebahagian warganet memuji lokasi yang dipilih kerana bersederhana dan memudahkan urusan, iaitu di kedai makan.
Untuk maklumat, video ini telah mendapat lebih 500,000 tontonan dengan lebih 35,000 tanda ‘Suka’ dan lebih 300 komen dari warganet.
@aidadaud7 Alhamdulillah.. Settle tugasan Kaklong lamar bakal isteri untuk adik kita.. Siap sound lg hehe #cikguaida #proposalvideo #kahwin #lamaran
Sumber: TikTok @ aidadaud7