Siakap Keli
rakyat kedudukan ringgit
Kredit: BERNAMA

Saya Pilih Selamatkan Rakyat Daripada Kedudukan Ringgit – PM

Saya Pilih Selamatkan Rakyat Daripada Kedudukan Ringgit – PM

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelaskan beliau memilih untuk menyelamatkan rakyat Malaysia daripada menaikkan kadar faedah dalam menjaga kedudukan ringgit, lapor Awani.

Jelasnya, beliau akan membantu mengurangkan beban yang dihadapi rakyat.

“Jadi kalau tanya saya sebagai yang bertanggungjawab, di antara ringgit jatuh sedikit dengan beban kepada rakyat saya pilih untuk menyelamatkan rakyat daripada kedudukan ringgit,” katanya.

BACA: Anwar Minta Pemimpin PAS Jawab Dakwaan Tak Sokong PAS Musuh Islam

Beliau berkata kejatuhan nilai mata wang ringgit pada masa ini dipengaruhi oleh kadar faedah yang rendah.

Beliau yang juga merupakan pengerusi Pakatan Harapan (PH) menjelaskan sekiranya kadar faedah dinaikkan, perkara itu akan membebankan rakyat.

“Kalau saya naik kadar faedah, peniaga kecil dan rakyat akan terbeban. Peminjam hutang rumah akan terbeban. Kalau saya tidak naik (kadar faedah) ringgit jatuh sedikit.

“Jadi dalam dialog mahasiswa mereka tanya, kalau saya ada satu juta dolar Amerika Syarikat dan saya nak buat simpanan tetap. Perlu pilih sama ada Malaysia, Indonesia atau Singapura.

“Pulangan di Indonesia dan Singapura lebih tinggi kerana OPR itu jauh lebih tinggi,” jelasnya.

BACA: Anwar Dijadual Adakan Pertemuan Secara Maya Dengan Elon Musk Esok

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Program Cakna MADANI Perdana Menteri Bersama Agensi Penguatkuasaan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) pada Khamis.

Dalam pada itu, beliau turut memaklumkan bahawa beberapa ahli perniagaan akan datang ke Malaysia kerana berminat untuk melabur kepada Malaysia.

“Baru sebentar tadi saya menemui Richard Li, peniaga paling kaya di Hong Kong. Saya bincang dengan dia dan minatnya untuk melabur ke Malaysia bertambah.

“Minggu depan rombongan oleh ketua Hong Kong dengan rombongan tertinggi akan datang ke Malaysia untuk membawa mesej pelaburan besar-besaran di sini.

“Selagi kita dapat menarik pelabur seperti ini, saya percaya kita dapat selesaikan masalah ekonomi induk,” tambahnya.

Sumber: Awani

BACA: “Tanah Akan Dikorek…” Lelaki Tunjuk Cara & Lokasi Buaya Buat Sarang

Nurhanis

Sesuatu yang dilepaskan secara terpaksa, sakitnya tidak pernah sederhana