Siakap Keli
jejambat dalam pembinaan runtuh
Kredit AFP

Seorang Maut, Lapan Lagi Cedera Selepas Jejambat Dalam Pembinaan Runtuh

Seorang Maut, Lapan Lagi Cedera Selepas Jejambat Dalam Pembinaan Runtuh

Bangkok- Sekurang-kurangnya seorang maut selepas galang lebuh raya dalam pembinaan runtuh di atas jalan raya yang sibuk di ibu negara Thailand, lapor CNA.

Menurut polis, galang besar di Tol Lat Krabang di timur bandar itu runtuh pada lewat petang Isnin lalu.

Pembinaan itu adalah sebahagian daripada projek lebuh raya bertingkat dalam usaha untuk menyelesaikan masalah kesesakan lalu lintas di bandar tersebut.

Dalam video yang dikongsi oleh Jabatan Pencegahan dan Tebatan Bencana negara itu menunjukkan platform logam besar yang disambungkan ke bahagian lebuh raya yang belum siap bergerak lalu runtuh jatuh ke tanah.

Seorang terkorban dan lapan yang lain dilaporkan cedera

Dalam kejadian itu, sekurang-kurangnya seorang terkorban dan lapan yang lain cedera, kata polis.

“Kami belum tahu lagi punca kemalangan itu,” kata Gabenor Bangkok, Chachart Sittipunt kepada pemberita Isnin lalu di tempat kejadian.

“Kami belum mempunyai sebarang maklumat mengenai orang hilang,” katanya sambil menambah bahawa empat daripada mangsa yang cedera mengalami kecederaan parah.

Menurut Chadchart, penyelamat sedang menunggu jurutera untuk menganalisis runtuhan sebelum memulakan operasi menyelamat.

Kredit AFP

“Kami mengutamakan keselamatan terlebih dahulu. Kami akan mula mencari dengan teliti,” katanya lagi.

Klip yang dikongsi dalam talian oleh seorang pekerja penyelamat menunjukkan bahawa kesan daripada runtuhan itu menyebabkan penduduk dan orang ramai memenuhi kawasan kejadian.

Runtuhan yang rosak dan sebahagian besar lebuh raya dalam pembinaan turut roboh lalu menghalang laluan.

Pekerja penyelamat dapat dilihat berada di atas serpihan dengan van dan kereta yang rosak kelihatan di sekitar lokasi kejadian. Operasi itu dikatakan berlanjutan sehingga ke malam bagi mencari dan membantu mangsa yang mungkin tertimbus.

BACA: Lelaki Ajar Teknik Mudah Guna “Chopstick”, “Confirm” Ramai Boleh Buat

Thailand dikatakan mempunyai rekod yang lemah dalam keselamatan pembinaan dan kemalangan di tapak pembinaan adalah perkara biasa.

Pada 2016, sekurang-kurangnya 13 orang maut selepas sebuah bangunan runtuh semasa pembinaan sedang dijalankan.

Insiden itu telah mencetuskan bantahan daripada kumpulan buruh yang dikatakan telah lama memberi amaran tentang standard keselamatan pembinaan yang longgar.

Selain itu, kumpulan buruh juga membantah kerana pemberian gaji oleh kontraktor dikatakan sangat rendah.

Sumber: CNA

Syed Faisal Sayed Muhammad

Kehidupan itu laksana tenunan yang bersambung menjadi kata- Hamka