Kucing Comel Ditemui Tercedera Di KLIA Telah Diselamatkan – Malaysia Airports
Seekor kucing yang dijumpai tercedera di Terminal 1, KLIA dilaporkan telah berjaya diselamatkan oleh salah seorang pekerja Lapangan Terbang Antarabangasa Kuala Lumpur tersebut.
Maklumat itu telah dikongsikan oleh Malaysia Airports menerusi muat naik hantaran mereka pada semalam.
Menerusi hantaran Malaysia Airports, kucing itu akhirnya telah diselamatkan dan kini berada dalam keadaan yang sihat.
“Team operasi kami telah dikejutkan dengan satu posting di Facebook yang memaparkan kisah seekor kucing yang mengalami kecederaan dan dijumpai di kerbside Terminal 1, KLIA.
“Dengan sepantas kilat, team operasi kami bergegas ke tempat kejadian dan bersama-sama dengan mereka adalah seorang warga kerja kami. Rahman sudi menjaga kucing tersebut dan dengan segera membawa haiwan cedera itu ke klinik haiwan yang berdekatan.

“Terima kasih Rahman! Awak memang terbaik. Semoga jasa semua pihak yang membantu kucing comel ini mendapat balasan yang baik kerana membantu haiwan yang berada di dalam kesusahan,” tulis muat naik hantaran Malaysia Airports tersebut.

BACA: Bukan Saja-Saja Letak, Ini Fungsi Lubang Kecil Pada Topi
Sebelum ini, sebuah hantaran mengenai kucing itu telah tular di salah sebuah ‘page’ yang bernama Wagging SOULS di Facebook.
Berdasarkan perkongsian itu, terdapat maklumat yang dikongsikan bahawa ada seekor kucing ditemui cedera dan dalam keadaan berdarah. Kucing itu dikatakan telah ditemui di aras tiga Terminal 1 KLIA.
Sumber: Facebook/Malaysia Airports