Siakap Keli
Cadangan Kekal MB Selangor, Perlu Diterjemah Kemenangan Dalam PRN - Amirudin
Kredit: Bernama

Cadangan Kekal MB Selangor, Perlu Diterjemah Kemenangan Dalam PRN – Amirudin

Cadangan Kekal MB Selangor, Perlu Diterjemah Kemenangan Dalam PRN – Amirudin

SEKINCHAN, 18 Julai (Bernama) — Datuk Seri Amirudin Shari berterima kasih atas cadangan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mengekalkan beliau sebagai Menteri Besar Selangor namun gabungan Kerajaan Perpaduan perlu bersungguh-sungguh menterjemahkan kemenangan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Ogos ini.

Amirudin yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Selangor berkata cadangan Perdana Menteri itu pertama kali didengarnya.

“Ini saya percaya akan dapat konsensus (sokongan menyeluruh) daripada pimpinan. Dan saya ucapkan terima kasih atas penghargaan dan pengiktirafan (Perdana Menteri) dan ia perlu dibuktikan kemenangan dalam PRN,” kata beliau yang ditemui pemberita selepas Program Sentuhan Agro MADANI peringkat negeri di sini hari ini.

BACA: Malaysia Dahulu Senarai 10 Tempat Selamat Untuk Bersara Di Asia

Terdahulu, Perdana Menteri secara rasmi hari ini mengumumkan Amirudin bakal dikekalkan sebagai Menteri Besar sekiranya Kerajaan Perpaduan terus menerajui Selangor selepas Pilihan Raya Negeri (PRN) Ogos ini.

Anwar berkata cadangan bagi mengekalkan penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Tua itu dibuat berikutan prestasi Amirudin dalam mentadbir negeri, yang menyaksikan negeri itu berada pada kedudukan terbaik dalam pertumbuhan ekonomi negara.

BACA: “Takut Nak Tolak…”, Gadis Buntu Mak Ayah Cuba ‘Aturkan’ Jodoh Dengan Anak Kawan

Sumber: Bernama

Nur Syahirah Zainoor Hisham

Everyone has their own perspective, there’s nothing strange about that - Thoma