Siakap Keli
Kedai kenakan caj kepada pelanggan
Kredit Oddity Central

Kedai Kenakan Caj Kepada Pelanggan Yang Masuk Tanpa Membeli Apa-Apa

Kedai Kenakan Caj Kepada Pelanggan Yang Masuk Tanpa Membeli Apa-Apa

Seorang pemilik kedai runcit di Sepanyol kenakan caj bayaran USD5.6 (RM25) kepada pelanggan sekiranya masuk ke kedainya tanpa membeli apa-apa barangan, lapor Oddity Central.

Kedai yang bernama Queviures Murria itu berbuat demikian selepas lelaki itu bosan dengan pelancong yang hanya datang ke kedainya untuk melihat pemandangan.

Difahamkan, kedai runcit yang terletak di Barcelona itu dilaporkan merupakan sebuah premis tua yang dipercayai telah berusia 100 tahun.

Perniagaan Queviures Murria mula beroperasi sejak 1898 dan ia merupakan salah satu lokasi yang paling mendapat perhatian di seluruh Barcelona.

Suasana vintaj dan reka bentuk kedai yang tradisional telah menarik ratusan pelancong setiap hari.

Bagaimanapun kedai yang menjual pelbagai jenis sosej tradisional Sepanyol, keju, minyak, wain dan lain-lain itu menjadi tarikan pelancong hanya untuk bergambar.

Menurut salah seorang pengurus, ramai pelancong yang memasuki kedai tanpa ucap ‘hello’, sebaliknya hanya bersiar-siar dan mengambil gambar. Kemudian pelancong tersebut keluar dan pergi tanpa membeli apa-apa.

Oleh yang demikian, mereka telah memutuskan untuk mengenakan bayaran kepada pengunjung yang hanya mahu melihat suasana di dalam kedai bagi mengurangkan aktiviti tersebut.

Kredit Oddity Central

Idea caj bayaran pada awalnya hanya jenaka semata

Toni Merino, salah seorang pengurus di Queviures Murria berkata bahawa idea untuk mengenakan bayaran kepada pelancong pada awalnya hanyalah sebagai jenaka.

Namun, peraturan itu kemudiannya diteruskan selepas kakitangan dan pelanggan tetap menjadi tidak selesa dengan kedatangan pelancong yang hanya mahu ‘mencuci mata’.

Merino menjelaskan bahawa dia dan rakan kongsinya tidak berminat untuk menguatkuasakan caj itu. Tetapi difahamkan kini mereka tidak perlu melakukan perkara itu lagi.

Selepas meletak amaran berkenaan caj tersebut di tingkap kedai, mereka telah berjaya menghalang pengunjung yang tidak diingini untuk terus datang ke kedai tersebut.

BACA: Lelaki Ni Ajar Cara Nak Tengok Tahun Pembuatan Tayar, Tak Kena Tipu Dah

Kini, kebanyakan orang yang masuk ke dalam kedai berkenaan akhirnya akan membeli sesuatu sebelum keluar dari kedai tersebut.

Selepas penularan gambar caj bayaran di tingkap kedai tersebut di media sosial awal bulan ini, perniagaan berkenaan telah berdepan tindak balas yang serius.

Oleh itu, pihak pengurusan terpaksa menjelaskan sebab pelaksanaannya dan menjelaskan bahawa mereka tidak merancang untuk melaksanakannya.

Sumber: Oddity Central

Syed Faisal Sayed Muhammad

Kehidupan itu laksana tenunan yang bersambung menjadi kata- Hamka