Siakap Keli
Cara nak tengok tahun pembuatan tayar
Kredit TikTok/@blvkvrt

Lelaki Ni Ajar Cara Nak Tengok Tahun Pembuatan Tayar, Tak Kena Tipu Dah

Lelaki Ni Ajar Cara Nak Tengok Tahun Pembuatan Tayar, Tak Kena Tipu Dah

Penjagaan kereta yang baik dapat memastikan kemampuan sesebuah kereta sentiasa berada di tahap yang optimum.

Penjagaan kereta daripada segi enjin, bateri dan segala kelengkapan yang ada sangat diperlukan bagi memberikan jaminan ketahanan dan keberkesanan pemanduan yang selesa.

Selain penjagaan enjin, salah satu komponen penting yang perlu dititik beratkan ialah tayar kereta.

Tayar kereta yang baharu dan mempunyai cengkaman yang padu dapat memastikan perjalanan anda lebih selamat dan berjalan lancar.

Bagi mereka yang mahu menukar tayar, pastikan tahun tayar dikeluarkan adalah tahun yang terbaharu dan terkini.

Ilmu ini sangat penting bagi mengelak anda daripada menjadi mangsa penipuan oleh kedai-kedai tayar di luar sana.

Namun bagaimana cara nak pilih tayar yang baru dan sesuai untuk kegunaan di jalan raya?

Justeru perkongsian pada hari ini akan berkongsikan bagaimana cara mahu mengenali tayar mengikut tahun pengeluarannya.

Perkongsian berkenaan telah dikongsikan oleh seorang lelaki di akaun TikTok @blvkvrt miliknya.

Menurut lelaki itu, untuk mengetahui tahun bila tayar kereta dibuat ialah dengan melihat sendiri ‘tagging‘ yang ditulis pada tayar tersebut.

“Kalau korang nak tahu bila tayar kereta di buat, korang boleh tengok dekat tayar dia ada tulis. Contoh, kereta ni punya tayar 1622. Maksudnya dibuat pada minggu ke-16 tahun 2022,” kata lelaki itu menerusi video perkongsian tersebut.

Kredit TikTok

Tambahnya, selain tahun buatan tayar, anda juga boleh mengetahui keadaan tayar anda seperti kadar kehausan tayar dan cengkaman tayar sewaktu melakukan brek.

Maksud treadwear, traction dan temperature

“Untuk info tambahan, treadwear, traction dan temperature. Kalau treadwear ni untuk kadar kehausan tayar. Maksudnya lagi tinggi nombor dekat tayar sebagi contoh dekat sini ada 340, maka lagi lambat haus tayar ni.

“Kalau contoh ada tayar 400, maksudnya dia punya bunga ni lagi tebal lagi lambat haus. Kalau untuk traction ni pula, dia ada A paling tinggi, paling bagus AA. Lepastu dia ada A, B dan C. Traction ni untuk cengkaman waktu kita brek. Maksudnya kalau A ni dah kira bagus untuk brek,” tambahnya lagi.

Kredit TikTok

Satu lagi ciri yang ditulis ialah temperature. Temperature ini pula adalah untuk kesesuaian tayar dalam keadaan cuaca bagaimana.

Bagi contoh yang ditunjuk, tayar kereta itu memilik huruf A di mana ia tunjuk cuaca yang panas. Kemudian ia ada B untuk cuaca normal dan C untuk cuaca yang sejuk.

BACA: Kini Terjawab, Ini Rupanya Video Asal Suara Gelak Semput Yang “Viral” Di TikTok

Sekarang anda sudah tahukan apa maksud tulisan yang ada pada tayar kereta korang. Lepas ni, waktu nak tukar tayar boleh minta cek dulu untuk tahu tentang semua ini.

Diharap perkongsian pada hari ini akan memberikan ilmu baharu serta manfaat kepada semua pembaca.

@blvkvrt

Masih ada yang tertipu #teamblakart #pjs11bandarsunway #autodetailing

♬ original sound – Blakart – Blakart

Sumber: TikTok/@blvkvrt

Syed Faisal Sayed Muhammad

Kehidupan itu laksana tenunan yang bersambung menjadi kata- Hamka