Siakap Keli
Neelofa muka anak
Kredit Instagram/@neelofa

Neelofa ‘Payung’ Muka Anak Keduanya Di Media Sosial

Neelofa ‘Payung’ Muka Anak Keduanya Di Media Sosial

Pada 18 Julai lalu, pelakon dan pengacara terkenal Neelofa telah mengumumkan nama anak keduanya iaitu Abdullah Abbas.

Pengumuman nama anak lelaki keduanya itu telah membuatkan ramai netizen tidak sabar untuk melihat wajah gerangan pemilik nama Abdullah Abbas tersebut.

Menerusi hantaran muat naik beberapa foto di akaun Instagram miliknya, pasangan kepada pelakon dan pendakwah bebas Haris Ismail telah mula mendedahkan foto anak keduanya itu.

“Memori yang akan sentiasa segar dalam ingatan, rasa syukur tidak terhingga,” tulis muat naik itu secara ringkas.

Walaupun muat naik foto itu hanya di bahagian sisi muka Abdullah Abbas, ramai yang berpendapat bahawa Abdullah Abbas jelas mirip abang sulungnya, Bilal.

Antara komen yang diterima adalah:

“Alhamdulillah tahniah, nampak sipi-sipi pun dah tahu comel macam Bilal.” tulis seorang netizen.

“Mesti comel dan gebu macam abang Bilal,” tulis seorang lagi netizen.

Neelofa Timang Cahaya Mata Kedua, Bakal Umum Nama Hari Ke-7

Terdahulu, Noor Neelofa Mohd Noor atau lebih mesra dipanggil Neelofa mengumumkan bahawa telah menimang putera kedua.

Beliau memaklumkan berita gembira tersebut menerusi satu hantaran di Instagram Story rasmi miliknya.

Menurutnya, bayinya itu telah dilahirkan pada jam 10.45 malam pada hari Selasa lalu.

“Asssalamualaikum. Alhamdulillahi rabbil alamin, tanggal 11 Julai 2023 jam 10.45 malam menjadi hari yang penuh berkat dan rahmat bagi keluarga kami.

“Putera kedua tercinta kami menjengah dunia dalam keadaan sihat walafiat,” tulisnya di platform  tersebut.

Sementara itu, pasangan tersebut bakal memaklumkan nama anak kedua mereka pada hari ke-7.

BACA: Ada Mulut Rupanya, Baru Tahu Macam Mana Cara Siput Makan

Tambah isteri kepada Muhammad Haris Mohd Ismail atau PU Riz, beliau berdoa dan memohon orang ramai turut mendoakan kebaikan terhadap cahaya mata kedua itu.

“Semoga kehadirannya selalu membawa keberkatan bagi keluarga kami, menjadi anak yang soleh, berbakti kepada orang tua, berguna bagi agama, bangsa, keluarga, nusa dan bangsa.

“Mohon doa agar anak kedua kami ini membesar dengan baik dan cerdas, diberi kesihatan dan umur panjang. Amin! Dan semoga kami mampu menjadi ibu bapa yang baik dalam mendidik dan membesarkannya.  Insya-Allah,” maklumnya lagi.

Sumber: Sinar Harian, Instagram/Neelofa

Syed Faisal Sayed Muhammad

Kehidupan itu laksana tenunan yang bersambung menjadi kata- Hamka