Siakap Keli
Cara siput makan
Kredit TikTok/@yourpagewildlife

Ada Mulut Rupanya, Baru Tahu Macam Mana Cara Siput Makan

Ada Mulut Rupanya, Baru Tahu Macam Mana Cara Siput Makan

Setiap hidupan di atas muka Bumi ini pasti memerlukan sumber makanan yang mencukupi untuk meneruskan hidup dan spesies masing-masing.

Daripada manusia sehinggalah haiwan dan hidupan yang lain, pasti ia perlu makan untuk mendapatkan tenaga dan bertahan hidup.

Bagi manusia dan haiwan yang bersaiz besar kita dengan mudah dapat melihat bagaimana cara sesuatu spesies itu makan.

Namun bagi haiwan yang bersaiz kecil, sangat sukar untuk meneliti bagaimana ia makan dan di mana sebenarnya kedudukan mulut haiwan tersebut.

Inilah yang terjadi pada sebuah video yang dikongsikan di TikTok, di mana video tersebut menunjukkan dua ekor siput sedang menjamu selera.

Perkongsian itu telah dikongsikan oleh akaun TikTok yang bernama @yourpagewildlife.

Dua ekor siput sedang makan

Berdasarkan perkongsian video tersebut, dua ekor siput itu dilihat sedang makan makanan yang diberikan kepadanya.

Apa yang menarik perhatian adalah bagaimana cara dua ekor siput itu yang makan menggunakan mulut – yang selama ini agak susah untuk dikesan atau dilihat manusia dengan mata kasar.

Kredit: TikTok

Sama seperti haiwan lain, siput juga mempunyai mulut untuk makan dan kedudukan anggota itu adalah terleta di bahagian depan dan di bawah sesungut.

Siput itu dapat dilihat sedang makan sejenis batang sayur serta serbuk dengan laju, langsung tidak sama seperti cirinya yang diketahui bergerak secara perlahan.

Kredit: TikTok

Perkongsian perkara yang jarang dilihat itu sehingga kini telah ditonton lebih 39.1 juta tontonan serta 2.7 juta tanda suka daripada penonton di seluruh dunia.

Mereka yang menonton video tersebut turut memberikan reaksi yang pelbagai berkenaan aksi yang jarang dilihat itu. Ramai yang menulis bahawa ia merupakan pertama kali mereka melihat siput sedang makan.

BACA: Lelaki Ni Ajar Cara Nak Tengok Tahun Pembuatan Tayar, Tak Kena Tipu Dah

Antara komen yang ditinggalkan adalah:

“18 tahun aku hidup ni la first time aku tengok siput makan,” tulis seorang netizen yang baru pertama kali melihat siput sedang makan.

“Saya tidak pernah tahu bahawa siput ada mulut,” tulis seorang lagi netizen yang baru mengetahui mengenai mulut siput.

“Ini hebat sekali, kali pertama lihat siput makan,” tulis seorang lagi netizen.

Sumber: TikTok/@yourpagewildlife

Syed Faisal Sayed Muhammad

Kehidupan itu laksana tenunan yang bersambung menjadi kata- Hamka