Siakap Keli
Helikopter terhempas di Subang
Kredit Sinar Harian

Helikopter Terhempas Di Subang, Tujuh Penumpang Termasuk Juruterbang Stabil

Helikopter Terhempas Di Subang, Tujuh Penumpang Termasuk Juruterbang Stabil

Sebuah helikopter jenis Leonardo S.p.A AW189 bernombor pendaftaran 9M-BOF dilaporkan telah terhempas di kawasan apron UniKL MIAT, berhampiran Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah di Subang.

Menurut kenyataan Civil Aviation Authority Malaysia (CAAM), helikopter itu dilaporkan dikendalikan oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia yang dikatakan sedang menjalankan ujian penerbangan.

Susulan kejadian itu, Menara Kawalan Udara Trafik Subang kemudiannya telah menerima laporan mengenai nahas tersebut pada jam 11:52 pagi tadi.

Perkhidmatan Bomba dan Penyelamat Lapangan Terbang (AFRS) telah dikerahkan ke tempat kejadian selepas laporan tersebut diterima.

BACA: Digelar Sebagai Bapa Bom Atom, Ini Latar Belakang Ringkas Oppenheimer

Kesemua tujuh penumpang termasuk juruterbang dilaporkan berada dalam keadaan stabil.

Siasatan berkenaan kejadian itu akan dijalankan oleh Biro Siasatan Kemalangan Udara di bawah Kementerian Pengangkutan Malaysia mengikut Bahagian XXXVI Peraturan Penerbangan Awam 2016.

Sumber: Twitter/CAA Malaysia

Syed Faisal Sayed Muhammad

Kehidupan itu laksana tenunan yang bersambung menjadi kata- Hamka