Siakap Keli
baddrol kepimpinan sanusi prn
Kredit: Facebook

Nak Pertahan Sanusi, Baddrol Bakhtiar Dedah Dua Lagi Sebab Masuk Politik

Nak Pertahan Sanusi, Baddrol Bakhtiar Dedah Dua Lagi Sebab Masuk Politik

Peminat bola sepak tanah air baru-baru ini dikejutkan dengan berita Baddrol Bakhtiar, bekas kapten Kedah Darul Aman FC dan pemain kebangsaan terjun ke dunia politik.

Sebelum berita tersebut timbul, Baddrol dilapor memutuskan untuk meninggalkan pasukan yang diwakilinya ketika ini, Sabah FC dan bersara daripada sukan tersebut.

Menurut Sinar Harian, langkah untuk ‘berhijrah’ diambil oleh Baddrol sempena Maal Hijrah baru-baru ini.

“Saya ingin berhijrah daripada bidang bola sepak kepada bidang baru ini, bidang politik.

Ujar Baddrol lagi, selain ingin memperjuangkan agama dan bangsanya, beliau masuk dunia politik juga kerana mahu mempertahan kepimpinan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor.

“Itu sebab saya terbuka hati untuk perjuangkan beliau dan mempertahankan negeri Kedah ini di bawah beliau.”

Beliau berkata demikian semasa berucap pada Program Sembang Santai Geng Muda di Kampung Lubuk Perong, pada malam Jumaat.

BACA: Sarung Baju Hijau Putih, Kelibat Tun M Satu Pentas Dengan Pemimpin PAS Curi Tumpuan Ramai

Turut hadir, penyandang Ahli Dewan Undangan Negeri Pedu, Mohd Radzi Md Amin dan legenda bola sepak Kedah, Muhammad Radhi Mat Din.

Difahamkan, Muhammad Radhi pernah bertanding mewakili parti berkenaan bagi kerusi Parlimen Pokok Sena pada Pilihan Raya Umum ke-14.

Justeru, bekas pemain kebangsaan berusia 35 tahun itu menyatakan harapannya agar masyarakat Kedah dapat memilih pemimpin yang baik.

Baginya, rakyat sebaik-baiknya memilih pemimpin yang dapat mendengar keluhan rakyat dan membantu untuk meringankan beban yang ditanggung.

Memetik Sinar Harian lagi, Baddrol dan Radhi merupakan antara nama yang bakal menjadi calon Perikatan Nasional (PN) pada PRN Ini.

Radhi (58) dipercayai bakal ditempatkan sebagai calon PN di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Alor Mengkudu. Manakala, Baddrol pula didakwa bakal mewakili PN di DUN Bukit Selambau.

Sebelum ini, Muhammad Sanusi menyatakan bahawa PN bakal menampilkan dua bekas pemain bola sepak sebagai calon mewakili gabungan itu pada Khamis lepas.

Beliau turut memaklumkan, terdapat dua ahli akademik bertaraf profesor turut mewakili PN pada PRN kali ini.

BACA: Penantian Lebih 30 Tahun Terbalas, Bell Ngasri Bolot Dua Anugerah Berprestij

Sumber: Sinar Harian

Nur Syahirah Zainoor Hisham

Everyone has their own perspective, there’s nothing strange about that - Thoma