Siakap Keli
puspal laporan polis the 1975 good vibes
Kredit Fahmi Fadzil

PUSPAL Buat Laporan Polis Terhadap “Band” The 1975 Dan Penganjur Konsert Good Vibes

PUSPAL Buat Laporan Polis Terhadap “Band” The 1975 Dan Penganjur Konsert Good Vibes

Jawatankuasa Permohonan Penggambaran Filem Asing dan Persembahan Artis Luar Negara (JK-PUSPAL) telah membuat laporan polis terhadap kumpulan The 1975 serta pihak penganjur kerana gagal patuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh agensi di bawah Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) itu, pihaknya amat kesal dengan perlakuan artis kumpulan luar negara tersebut ketika mengadakan persembahan di Good Vibes Festival yang berlangsung pada semalam di Sepang.

Pihak penganjur telah memberi jaminan dan akan bertanggungjawab sepenuhnya terhadap persembahan artis tersebut.

“Ketika permohonan dibuat, pihak penganjur telah memberi jaminan akan bertanggungjawab sepenuhnya terhadap persembahan artis tersebut,” tulis kenyataan itu.

Selain itu, JK-PUSPAl juga sebulat suara telah membuat keputusan untuk menyenaraihitamkan The 1975 daripada membuat persembahan di negara ini lagi.

Kementerian Komunikasi tidak akan berkompromi dalam isu melibatkan sensitiviti

KKD juga menyatakan bahawa mereka tidak akan berkompromi terhadap dengan mana-mana pihak yang melakukan provokasi sewaktu sedang melakukan persembahan di negara ini.

BACA: Digelar Sebagai Bapa Bom Atom, Ini Latar Belakang Ringkas Oppenheimer

Terdahulu, persembahan kumpulan yang dinamakan The 1975 itu menjadi kecoh susulan aksi tertentu antara vokalis, Matty dengan gitarisnya.

Sumber: Fahmi Fadzil

Syed Faisal Sayed Muhammad

Kehidupan itu laksana tenunan yang bersambung menjadi kata- Hamka