Siakap Keli
kid laroi persembahan hotel
Gambar: TikTok @lilyhemings

GVF Batal, Kid Laroi Selamba Hiburkan Peminat Di Lobi Hotel Secara Percuma

GVF Batal, Kid Laroi Selamba Hiburkan Peminat Di Lobi Hotel Secara Percuma

Penyanyi Australia, Charlton Kenneth Jeffrey Howard atau lebih dikenali sebagai The Kid Laroi mencuri perhatian ramai apabila membuat persembahan dipercayai di sebuah lobi hotel di Malaysia baru-baru ini.

Dalam video yang dikongsikan di TikTok @lilyhemings memaparkan penyanyi kelahiran Australia itu sedang duduk di atas sebuah kerusi sambil memegang mikrofon.

Chill Je Nyanyi Sambil Duduk

Dalam video berdurasi 2 minit 32 saat itu, Kid Laroi kelihatan tenang menyanyikan lagu kepada peminatnya.

Kid yang memakai baju berwarna ungu, berseluar pendek dan bertopi juga tampak sangat senang hati melayani peminatnya secara percuma meskipun ia tiada dalam perancangannya.

Dalam pada itu, para peminat juga seperti memberikan kerjasama yang baik dengan keadaan di lobi tersebut tenang tanpa sebarang kekecohan.

“Kid Laroi, terima kasih kerana meluangkan masa untuk membuat persembahan untuk kami sementara kamu masih di sini,” tulis pemilik video berkenaan.

Tambah lilyhemings, dia juga memberitahu bahawa penyanyi itu melantunkan lagu berjudul Thousand Miles.

Momen tersebut sudah tentu merupakan satu detik yang tidak dapat dilupakan olehnya.

“Dapat tempat paling terbaik di sini. Thousand Miles oleh @The Kid Laroi di Malaysia.  Sungguh kenangan yang tidak dapat dilupakan,” katanya.

Reaksi Netizen 

Menjengah dalam ruangan komen, rata-rata wargamaya yang merupakan peminat selebriti tersebut meluahkan pandangan pemilik video itu sangat bertuah dapat berjumpa dengan Kid Laroi pada jarak yang sangat dekat.

Apatah lagi, penyanyi tersebut hanya duduk dia atas kerusi di hadapannya.

Selain itu, mereka juga menyifatkan penyanyi itu sangat baik hati dan rendah diri kerana mempersembahkan nyanyian secara percuma.

kid laroi persembahan hotel kid laroi persembahan hotel

kid laroi persembahan hotel

@lilyhemmings

Got the best seat in the house 🤍 Thousand Miles by @The Kid LAROI. at Malaysia 🥹 Truly an unforgettable moment #gvf #goodvibesfestival

♬ original sound – Lily 🌷 – Lily 🌷

@ibukperik

Replying to @zero ichi a true performer! sorry for the low quality as i recorded this from my iglive #TheKidLaroi #goodvibesfestival2023 #GVF2023 #fyp #concert #show #live

♬ original sound – i_am_faa – i_am_faa

@oppacencei

Kid Laroi performs at Sama Sama Hotel lobby, Sepang, KL, after show cancellation. #thekidlaroi #thekidlaroistaysong #fyp #tiktok #malaysia #malaysiatiktok

♬ original sound – sensei – sensei

Penyanyi itu sepatutnya mengadakan persembahan di Good Vibes Festival di Sepang tetapi tidak berpeluang melakukannya setelah ia dibatalkan.

Ia berlaku disebabkan oleh isu yang ditimbulkan oleh band The 1975 di atas pentas festival itu pada Jumaat lalu sehingga menimbulkan kekecohan dalam kalangan netizen.

BACA JUGA: PUSPAL Buat Laporan Polis Terhadap “Band” The 1975 Dan Penganjur Konsert Good Vibes

Jawatankuasa Permohonan Penggambaran Filem Asing dan Persembahan Artis Luar Negara (JK-PUSPAL) juga telah membuat laporan polis terhadap kumpulan tersebut dan pihak penganjur ekoran gagal mematuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan.

Bukan sahaja itu,  JK-PUSPAL telah mengambil keputusan untuk menyenaraihitamkan The 1975 daripada membuat persembahan di negara ini lagi. Ia selepas keputusan dibuat sebulat suara.

Sementara itu, pihak penganjur telah memberi jaminan dan akan bertanggungjawab sepenuhnya terhadap persembahan artis tersebut.

Sumber: TikTok @lilyhemings

Iqbal Yasir

A wise man once said "Siuuuuu"

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.