Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Polis 'Perli' Peminat Man City Ditahan Kes Dadah Dengan Pakai Jersi Man United

polis perli peminat man city
Kredit: Daily Mail

Polis 'Perli' Peminat Man City Ditahan Kes Dadah Dengan Pakai Jersi Man United

Kegagalan Manchester City untuk menerobos gol seteru tradisinya, Manchester United pada Sabtu lalu meninggalkan kesan yang mendalam kepada para peminat kelab itu.

Namun, yang paling 'terkesan' ialah seorang lelaki di Thailand yang ditangkap oleh polis beberapa jam selepas perlawanan tersebut.

Dalam kejadian di Dech Udom, Timur Laut Thailand, lelaki berusia 43 tahun yang memakai jersi Manchester City itu didakwa mempunyai pil menthamphetamine.

Dia ditangkap hanya beberapa jam selepas pasukan Manchester City tewas 2-0 di Old Trafford.

Bagaimanapun, cara pihak polis bergambar dengannya menarik perhatian ramai.

Polis perli peminat Man City dengan pakai baju Man United

Menerusi gambar yang dimuat naik di media sosial, tiga orang pegawai polis dilihat memakai jersi Manchester United dan berdiri di belakang suspek yang sedang duduk.

Pil berwarna merah yang menjadi bahan bukti juga dapat dilihat di atas meja.

“Manchester is RED,” tulis kapsyen di gambar itu

Kredit: Daily Mail

Untuk pengetahuan, Thailand merupakan salah sebuah negara yang mempunyai undang-undang ketat berkaitan dadah.

Hukuman bagi kesalahan pengedaran dadah boleh membawa kepada hukuman mati.

Untuk kegunaan peribadi, mereka yang ditangkap boleh dikenakan hukuman penjara sehingga setahun atau denda sehingga 20,000 baht untuk bahan kategori 1, 2 dan 5.