Siakap Keli
kerja niaga kek rm5
Kredit: Siakap Keli

Berhenti Kerja ‘Sedap’ Semata Nak Niaga Kek RM5

Berhenti Kerja ‘Sedap’ Semata Nak Niaga Kek RM5

Bermula hanya suka-suka, seorang wanita tidak menyangka pekerjaan sambilannya yang menjual satu kepingan kek berharga RM5 bertukar menjadi pendapatan utama buat keluarga.

Azrehan Zakaria, 34, memasuki dunia baker sebagai pembuat kek pada tahun 2020 selepas berhenti kerja di salah sebuah syarikat terbesar di Malaysia.

Menerusi satu temu bual oleh Siakap Keli, Azrehan memberitahu anak-anaknya juga merupakan salah satu sebab tercetusnya idea untuk dia menjadi seorang pembuat kek.

“Sebelum ini memang tidak pernah mencuba buat kek dan tiada bakat namun setelah mencuba beberapa kali menjadi.

“Masa itu, saya suka-suka nak buat kek, macam nak buat kek untuk anak sebab hari lahir anak, jadi saya beli resipi secara dalam talian dan buat sendiri.

“Punca dia daripada semangat nak buat kek untuk hari lahir anak, semangat berkobar-kobar dan merasakan ia mudah untuk dibuat. Sebab itu saya buat sendiri.

Kredit: Siakap Keli

Kini Azrehan merupakan seorang pembuat kek sepenuh masa selepas membuat keputusan berat yang menentukan masa hadapan keluarganya. 

Wanita yang bertubuh kecil itu juga memaklumkan sebelum berhenti dia melakukan dua pekerjaan dalam satu masa sehingga merasakan diri tidak berdaya menampung bebanan itu.

“(Sebelum ini) saya buat secara sambilan. Masa itu saya kerja dekat Prasana sebagai Procurement, selepas itu saya letak jawatan pada tahun 2021 dan menjual kek ini secara sepenuh masa.

“Saya tengok Youtube, belajar sendiri buat custom kek. Kek pertama anak saya menjadi, selepas itu baru saya ambil kelas kek dua hari, belajar custom kek dengan pinata kek,” katanya kepada Siakap Keli.

Walaupun tidak mempunyai bakat dalam bidang itu, namun bagi Azrehan usaha tidak mengkhianati hasil kerana baginya perkara itu perlu di cuba dahulu sebelum membuat keputusan untuk berhenti.

BACA: Bakal Pengantin Wajib Tahu, Ini Tips Untuk Pastikan Mekap Kekal Lama & Berseri Di Hari Bahagia

Kenapa RM5?

Kredit: Siakap Keli

Ibu kepada tiga orang anak itu turut menjelaskan bahawa dia memilih untuk menjual potongan kek itu dengan berharga RM5 kerana ia dipotong dengan bahagian yang kecil yang membuatkan ia sesuai dengan harga tersebut.

Tambahnya, keistimewaan keknya tidak dapat dimiliki di mana-mana tempat susulan harganya yang berpatutan, RM5 sepotong.

“Sebenarnya dia sama je macam kek custom yang lain, cuma kita buat portion kecil. Satu adunan itu kita buatlah banyak kek, so dapat portion kecil kita buat murah lagi.

“Kek RM5 ini keistimewaannya tak boleh dapat dekat mana-mana tempat,” jelasnya.

Meskipun baru menjual potongan kek itu, kedainya sudah ramai diserbu oleh orang ramai gara-gara tular di platform TikTok.

Azrehan yang tidak menyangka akan perkara itu hanya bersyukur dengan rezeki yang diturunkan oleh Allah S.W.T.

“Mula-mula terkejut, macam pertama kali berniaga dekat luar tiba-tiba ramai media yang datang untuk temu duga, gembira juga,” katanya.

Korang yang cuba kek RM5 ni boleh datang di TSI Arena, Cyberjaya.

Saksikan temu bual penuh di bawah ini.

Nurhanis

Sesuatu yang dilepaskan secara terpaksa, sakitnya tidak pernah sederhana