Siakap Keli
Jenazah Salahuddin Ayub Dikebumikan
Gambar: Hilmizudin Daud / Bernama

Jenazah Salahuddin Ayub Selamat Dikebumikan 

Jenazah Salahuddin Ayub Selamat Dikebumikan 

PONTIAN — Jenazah Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Datuk Seri Salahuddin Ayub selamat dikebumikan tengah hari tadi, lapor Bernama.

Proses pengebumian dilakukan di Tanah Perkuburan Jalan Sulong, Serkat, Pontian, pukul 12.05 tengah hari.

Pada 8.50 pagi tadi, jenazah tiba di Masjid Jamek Dato’ Haji Noh Gadot dari kediaman ibunya di Jalan Adil dengan sebuah van jenazah.

Jenazah seterusnya disolatkan pada 9.45 pagi tadi.

Bacaan surah Yasin, tahlil dan doa arwah dilakukan sambil suasana pilu menyelubungi para jemaah.

Difahamkan, Solat jenazah diimamkan Naib Presiden Parti Amanah Negara (Amanah) Senator Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa sebelum dikebumikan sebelum solat Zohor.

Salahuddin Meninggal Dunia

Salahuddin Ayub disahkan meninggal dunia pada 9.23 malam tadi, lapor Bernama.

Perkara itu dimaklumkan oleh anak perempuannya, Fatiha Salahuddin menerusi kenyataan di laman Facebook.

“Dukacita dimaklumkan ketua keluarga kami Salahuddin Ayub telah menghadap Ilahi pada 9.23 malam, 23 Julai 2023,” katanya.

BACA JUGA: “Senang Hati Setiap Hari,” Maafkan Semua Orang Sebelum Tidur Jadi Amalan Salahuddin

Menurut Setiausaha Akhbar kepada Salahuddin, Syakirin Husnal, beliau telah dikejarkan ke wad kecemasan Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) bagi mendapatkan rawatan.

Tambahnya, Allahyarham menghembuskan nafas terakhirnya di HSB, Alor Setar, Kedah.

Ia selepas Allahyarham mengalami mual serta muntah-muntah sebelum disahkan mengalami pendarahan otak oleh doktor pakar.

Dalam masa yang sama pihak keluarga Allahyarham turut memberikan ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua pihak atas doa dan ingatan terhadap Allahyarham selama ini.

“Keluarga Allahyarham juga ingin berterima kasih kepada semua doktor dan petugas di Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar, Kedah,” jelasnya.

Kancah Politik Berduka

Pemergian Ahli Parlimen Pulai meninggalkan kesan yang mendalam terhadap para rakan-rakan politik.

Antara yang turut terkesan dengan pemergian Allayarham adalah Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Mohamad Sabu, lapor Astro Awani.

Presiden Amanah itu sewaktu ditemui menyifatkan Allahyarham ‘pergi’ sewaktu masih menjalankan tugasnya.

“Dia meninggal dunia masa bertugas, bukan cuti.. tapi bertugas,” katanya pagi tadi.

Dalam satu hantaran video Astro Awani, Mat Sabu yang berkaca mata hitam dan lengkap berpakaian serba putih kelihatan tidak dapat menahan sebak dengan pemergian rakan politiknya.

Sumber: Bernama

Iqbal Yasir

Tengah stalk gambar sebelah ke tu?