Ardell Aryana Selamat Bersalin Anak Kedua
Pelakon Ardell Aryana dilaporkan telah selamat melahirkan anak kedua secara normal di sebuah pusat perubatan swasta di Selangor pada pagi Selasa.
Dalam satu perkongsian suaminya, Nadzmi Adhwa Nor Adzmi di Instagram, dia memaparkan keadaan isterinya, yang terbaring di katil hospital.
Menurutnya, Ardell atau nama sebenarnya Nurul Hidayah Mohd Amin berada dalam keadaan baik selepas melahirkan anak mereka.
Dia turut mengambil kesempatan menzahirkan rasa syukur terhadap sesetengah orang yang mengirimkan doa untuk isteri dan anaknya.

“Alhamdulillah. Isteri saya telah selamat melahirkan anak kedua kami secara normal pada hari ini 25 Julai 2023, jam 12.58 awal pagi tadi.
“Terima kasih doa yang baik-baik dari semua.
“Syukur, alhamdulillah kedua-dua Ibu dan anak selamat,” memetik kapsyennya pada Selasa.
Pun begitu, jantina anak pasangan selebriti itu masih belum diketahui susulan tiada pendedahan yang dibuat.
Komen warga maya
Warga maya kemudiannya mengucapkan tahniah kepada pasangan itu kerana menerima seorang lagi cahaya mata dalam keluarga mereka.
Ada juga di antara mereka yang tidak mengetahui mengenai kehamilan Ardell namun tetap meluahkan rasa syukur dengan berita itu.
“Allhamdulillah, masya Allah tabarakallah. Saya sorang sahaja ke yang tidak tahu Ardell mengandung. Apa-apa pun syukur,” kata warga maya.
“Alhamdulillah. Hari itu baru jumpa Ardell dan Adhwa dekat IOI City Mall. Nampak Ardell dah sarat. Doa dalam hati semoga Allah permudahkan urusan bersalin,” ujar netizen.
“Alhamdulillah. Baru sahaja tahu bulan lepas Ardell mengandung. Selamat berpantang Ardell dan bayi,” ucap warga maya lagi.
BACA: Neelofa ‘Payung’ Muka Anak Keduanya Di Media Sosial
Neelofa kongsi nama anak kedua
Sebelum ini, media melaporkan usahawan dan selebriti popular, Noor Neelofa Mohd Noor berkongsi nama cahaya mata keduanya berserta maksud, seperti yang dijanjikan olehnya.
Dalam perkongsian di Instagram, Neelofa dan suaminya, Haris Ismail membuat kata putus untuk memberikan nama anak lelakinya, Abdullah Abbas.
Menarik untuk dikatakan bahawa pemilihan nama anak keduanya ini adalah hasil daripada rujukan terhadap hadith Nabi Muhammad SAW.
Kata Neelofa, istilah ‘Abdullah’ dan ‘Abbas’ itu sendiri masing-masing memiliki ‘sebab’ di sebaliknya, selain kedua-duanya ada kelebihannya tersendiri.
Sumber: nadzmiadhwa/Instagram