Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Kematian Tidak Dilaporkan, Polis Siasat Kemungkinan Kematian Herman Fauzi Ada Unsur Jenayah
Polis sedang menyiasat kemungkinan ada unsur jenayah dalam kematian tragis membabitkan ahli bina badan, Herman Fauzi yang maut selepas gagal mengangkat barbell seberat 200 kilogram (kg) di sebuah pusat kecergasan di Jalan Danau Tamblingan, Bali baru-baru ini.
Memetik Kompas.com, Ketua Polis Denpasar Selatan, AKP Ida Ayu Made Kalpika Sari berkata pihaknya masih melakukan siasatan untuk jika benar kematian Herman Fauzi atau lebih dikenali sebagai Justyn Vicky melibatkan unsur jenayah.
Dalam hal ini, Unit Siasatan Jenayah Polis Denpasar Selatan masih melakukan penyelidikan untuk menemukan perbuatan jenayah tersebut,” katanya melalui aplikasi WhatsApp.
Jelasnya, pihak polis telah menerima maklumat berhubung musibah yang menimpa mangsa hasil daripada video tular di media sosial.
Difahamkan, sewaktu nahas terjadi, pihak pengurusan pusat kecergasan tidak mengambil inisiatif untuk melaporkan kejadian itu kepada polis.
“Siasatan polis dilakukan bukan dibuat daripada laporan pihak pengurusan tetapi berdasarkan maklumat tular, Justyn yang meninggal dunia akibat mengangkat berat,” jelasnya.
Dalam kes ini, polis memanggil dua saksi yang bersama dengan mangsa ketika kejadian dan telah disoal siasat pada hari ini.
BACA: Jabatan Kesihatan Pahang Siasat Kematian Kanak-Kanak Lelaki OKU
Imbas kembali, kejadian yang tidak disangka itu menimpa mangsa pada Sabtu, 15 Julai 2023 sekitar pukul 10 pagi waktu indonesia tengah (WITA).
Ketika itu, mangsa sedang mengangkat barbell seberat 200 kilogram, menggunakan teknik back squat sambil dibantu oleh seorang lelaki Australia.
Ketika sesi mengangkat itu bermula, mangsa dikatakan tidak dapat mengangkat barbell.
Ini kerana ia terlalu berat dan kemudiannya dibantu oleh dua orang yang dipanggil saksi kejadian.
Disebabkan barbell itu terlalu berat, kedua-dua saksi juga tidak dapat mengangkatnya kerana tidak mempunyai kekuatan yang cukup.
Dalam sekelip mata, mangsa jatuh dalam keadaan terduduk dan barbell seberat 200 kg itu jatuh di bahagian lehernya.
Mangsa kemudiannya, dibawa ke Hospital Siloam untuk diberikan rawatan oleh pakar.
Bagaimanapun, mangsa telah dirujuk ke hospital berlainan iaitu Hospital Wilayah Wangaya untuk menjalani pembedahan pada Ahad, 16 Julai.
Pun begitu, Justyn tidak menyedarkan diri selepas pembedahan dan disahkan meninggal dunia pada Isnin, 17 Julai kira-kira pukul 2 WITA.

Mayat mangsa dibawa ke kampung ibu bapanya di Jember, Jawa Timur.
Sumber: Kompas.id