Siakap Keli
apa itu belalai air
Gambar: Alexander Muir / AFP & Twitter

Ada Dua Jenis, Ketahui Apa Itu Belalai Air & Proses Pembentukannya

Ada Dua Jenis, Ketahui Apa Itu Belalai Air & Proses Pembentukannya

Alam penuh dengan misteri dan kejadian atau fenomena yang tidak pernah dilihat oleh orang ramai. Ia menyimpan seribu satu rahsia yang belum dirungkaikan.

Antara kejadian alam jarang disaksikan oleh orang ramai termasuklah Belalai Air atau dikenali sebagai Waterspout.

Pada 13 Julai lalu, kejadian tersebut dipercayai berlaku di Kama River, Perm region, Rusia sehingga tular di media sosial.

Oleh itu, tanpa membuang masa, mari kita kenali bagaimana belalai air atau waterspout ini boleh terbentuk.

Apa itu, Belalai Air (Waterspout) ?

Gambar: Alexander Muir / AFP

Belalai air atau waterspout ialah lajur angin yang dipenuhi dengan awan yang berputar di atas badan air.

Meskipun namanya berkait dengan air namun ia sebenarnya berasal daripada awan kumulus. Air dalam waterspout terbentuk daripada pemeluwapan dalam awan.

Sebenarnya belalai air ini mempunyai dua jenis iaitu, Belalai Air Cuaca Cerah dan Belalai Air Tornadik.

Belalai Air Tornadik

belalai air waterspout
Gambar: Siljoskvi

Lazimnya, belalai air tornadik ini berwajahkan puting beliung yang terbentuk di atas air, atau bergerak dari darat ke air.

Ia mempunyai ciri yang sama seperti puting beliung yang terbentuk di darat. Oleh itu, impak kerosakan yang dibawa juga tinggi.

BACA JUGA: Ini Sejarah Penciptaan Eskalator & Fakta Mengenainya Yang Ramai Tak Tahu

Fenomena alam ini sering terjadi akibat cuaca ribut petir yang teruk. Ia selalu membawa angin kencang, hujan batu besar dan kilat yang sabung menyabung.

Belalai Air Cuaca Cerah

belalai air waterspout
Gambar: Twitter

Bagi belalai air cuaca cerah, ia terbentuk pada dasar rata garis awan kumulus yang sedang berkembang. Kebiasaannya, pancaran ini tidak berbahaya kerana tidak berkait dengan ribut petir.

Pancutan air cuaca cerah berkembang di permukaan air dan bergerak ke atas. Ia terbentuk dalam keadaan angin ringan dan biasanya kurang melakukan pergerakan atau statik.

Walau bagaimanapun, sekiranya ia menunjukkan petanda bergerak ke darat, Perkhidmatan Cuaca Kebangsaan mengeluarkan amaran puting beliung.

Hal ini kerana sesetengahnya boleh mengundang kerosakan dan kecederaan terhadap orang ramai. Namun, ia biasanya meresap hilang sebelum memasuki kawasan darat.

Lokasi Waterspout Sering Berlaku

Untuk makluman lokasi belalai air paling kerap berlaku adalah di perairan tropika dan subtropika, seperti Florida Keys, kepulauan Greece, dan di luar pantai timur Australia.

Kedua-dua proses pembentukan belalai air ini memerlukan tahap kelembapan yang tinggi dan suhu air yang agak panas berbanding dengan udara di atasnya.

Proses Pembentukan Belalai Air 

Tompok Gelap (Dark Spot)
Pada peringkat awal, permukaan air akan kelihatan gelap. Lokasi tersebut bakal menjadi pusat pusaran atau lajur angin berputar.

Corak Lingkaran (Spiral Pattern)
Selepas itu, muncul jalur terang dan gelap yang berputar dari permukaan air yang gelap tadi.

Gegelung Angin (Spray Ring)
Lingkaran angin laut yang berpusar dipanggil lata yang terbentuk di sekeliling pusatnya (permukaan gelap). Sama seperti puting beliung ia mempunyai ruang pada bahagian tengah.

BACA JUGA: Rupanya Pemegang Eskalator Bergerak Lebih Laju Dari ‘Tangga’ Itu Sendiri, Ini Sebabnya

Pusaran Matang (Mature Vortex)
Pada tahap ini, pancaran telah berada pada fasa matang kerana permukaan air boleh dilihat hingga ke awan. Sekali pandang, ia tak ubah seperti corong.

Pereputan (Decay)
Apabila aliran udara panas di dalam pusaran menjadi lemah, pusaran air akan hilang.

Rekod Belalai Air

Kebiasaannya, belalai air mempunyai diameter sekitar 50 meter (165 kaki), dengan kelajuan angin 80 kilometer sejam (50 batu sejam). Bacaan tersebut selari dengan puting beliung yang paling lemah di darat.

Belalai air terbesar pernah direkodkan adalah mempunyai diameter 100 meter (330 kaki) dan bertahan sehingga satu jam meskipun purata jangka hayatnya hanya 5 hingga 10 minit.

Untuk makluman, belalai air ini bukan sahaja membahayakan perenang dan bot malah menimbulkan ancaman terhadap pesawat. Sebagai contoh, helikopter yang terbang berhampiran belalai air boleh berlaku kerosakan dan tercampak di luar laluan oleh angin kencang.

Sumber: National Ocean Service, National Geographic

Iqbal Yasir

Tengah stalk gambar sebelah ke tu?