Siakap Keli
David Silva umum bersara
Kredit Manchester City FC

Alami Kecederaan Lutut Yang Serius, David Silva Umum Bersara Dari Bola Sepak

Alami Kecederaan Lutut Yang Serius, David Silva Umum Bersara Dari Bola Sepak

Bekas bintang Manchester City, David Silva dilaporkan telah mengumumkan persaraannya daripada sukan bola sepak, lapor BBC.

Pemain hebat Sepanyol berusia 37 tahun itu menghabiskan 10 tahun yang sangat berjaya di City dan pernah memenangi empat kejuaraan Liga Perdana sebelum menyertai Real Sociedad pada 2020.

Bagaimanapun, Silva yang mengalami kecederaan lutut serius semasa pra-musim telah memutuskan untuk menamatkan kerjayanya selama 19 tahun.

“Hari ini adalah hari yang menyedihkan buat saya. Hari ini sudah tiba masanya untuk saya mengucapkan selamat tinggal kepada perkara yang telah saya dedikasikan sepanjang hidup saya.

“Hari ini tiba masanya untuk mengucapkan selamat tinggal kepada rakan sepasukan, yang sudah dianggap seperti keluarga. Saya akan sangat merindui kamu semua,” kata Silva di media sosial.

Bekas pemain antarabangsa Sepanyol itu menyertai City dari Valencia pada 2010 dan membuat 436 penampilan untuk kelab itu. Beliau juga telah menjaringkan sebanyak 77 gol sepanjang kerjayanya.

Seorang pemain yang sangat popular di City sehinggakan patung arca Silva telah didirikan di luar Stadium Etihad pada 2021.

Patung arca itu juga didirikan bersama rakan legenda kelab Vincent Kompany dan Sergio Aguero.

Selain empat gelaran Liga Perdana, Silva turut membantu City dalam memenangi dua Piala FA dan lima Piala Liga.

Silva bersara daripada pasukan Sepanyol pada 2018, setelah memenangi Piala Dunia 2010 dan kejuaraan Kejohanan Eropah 2008 dan 2012 bersama negaranya.

BACA: Malaysia Di Tempat Ke-3 Dalam “List” Negara Berkemungkinan Besar Meninggal Di Jalan Raya

Mbappe Tak Nak Bincang Dengan Al-Hilal Walau Ditawar Gaji RM 1bilion

Teka-teki mengenai halatuju pemain paling sensasi, Kylian Mbappe terus jadi tanda tanya. Terbaharu, beliau menolak untuk berbincang dengan delegasi kelab dari Arab Saudi, Al-Hilal yang terbang ke Paris.

Menurut tweet dari Fabrizio Romano, Mbappe tiada niat nak berbincang dengan kelab Arab Saudi tersebut walaupun ditawarkan gaji lumayan mencecah £171 juta (RM1 bilion) dan seratus peratus hak imej.

PSG masih yakin bahawa Mbappe setuju dengan terma yang ditawarkan oleh Real Madrid sebelum ini.

Al- Hilal nampak serius untuk mendapatkan khidmat pemain dari Perancis itu selepas menghantar bidaan rasmi €300 juta (RM1.5 bilion) dan bakal menjadikan Mbappe pemain termahal dunia.

Al-Hilal menawarkan Mbappe kontrak hanya setahun dan selepas itu Mbappe boleh pergi kemana-mana kelab yang dia mahu. Sehingga ke hari ini masih tiada kemaskini terbaru dari pihak Real Madrid.

Sumber: BBC

Syed Faisal Sayed Muhammad

Kehidupan itu laksana tenunan yang bersambung menjadi kata- Hamka