Siakap Keli
Malaysia tempat ke-3 negara meninggal jalan raya
Kredit FINN, BERNAMA

Malaysia Di Tempat Ke-3 Dalam “List” Negara Berkemungkinan Besar Meninggal Di Jalan Raya

Malaysia Di Tempat Ke-3 Dalam “List” Negara Berkemungkinan Besar Meninggal Di Jalan Raya

Malaysia dilaporkan menduduki tempat ketiga dalam kategori Negara Di Mana Anda Berkemungkinan Besar Untuk Meninggal Dunia Di Jalan Raya, menurut sebuah kajian.

Dalam kedudukan itu, Malaysia berada di belakang negara Arab Saudi yang menduduki tempat pertama dan Thailand tempat kedua.

Data terbaru kajian yang dikeluarkan oleh FINN, sebuah syarikat permulaan langganan kereta, mendapati Malaysia memiliki kadar kematian 22.48 orang bagi setiap 100,000 di atas jalan raya.

Malaysia mempunyai jumlah kematian jalan raya ketiga tertinggi bagi setiap 100,000 orang. Di sebalik kedudukan itu, terdapat perbezaan jurang mata yang ketara antara Malaysia dan Thailand.

Perbezaan mata yang ketara antara Malaysia dan Thailand

Malaysia mencatatkan perbezaan hampir 10 kematian yang lebih sedikit berbanding negara Thailand. Thailand yang berada di kedudukan kedua mencatatkan 32.21 kematian per 100,000 orang di jalan raya negara tersebut.

Manakala bagi negara Arab Saudi pula, negara itu mencatatkan seramai 35.94 kematian per 100,000 orang bagi pengguna di jalan raya negara berkenaan.

Kredit FINN

Selain itu, kajian tersebut juga meletakkan Malaysia di tempat kelima dalam senarai negara yang mempunyai jalan raya paling berbahaya di dunia.

Malaysia diberi markah keselamatan jalan raya 4.07 daripada markah keseluruhan 10, di belakang empat negara maju yang lain. Empat negara teratas dalam senarai itu ialah Argentina dengan 1.65 markah, Amerika Syarikat 2.53 markah, Greece 3.85 markah dan Mexico 3.96 markah.

Kredit FINN

BACA: “Surat Ni Tak Boleh Buka,” Lelaki Ajar Cara Daftar Nama Anak “Step By Step” Di JPN 

Menurut kajian itu, mereka menganalisis data tersebut berdasarkan negara terpilih daripada negara anggota OECD dan negara maju. Ia juga diambil berdasarkan Indeks Pembangunan Manusia (HDI) melebihi lapan mata.

Dalam pada itu, kematian jalan raya bagi setiap 100,000 orang pula diperoleh daripada Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO). Manakala skor kualiti jalan raya pula diperoleh daripada The Global Economy.

Setiap negara diberikan skor normal daripada sepuluh bagi setiap faktor sebelum purata skor ini diambil.

Sumber: FINN

Syed Faisal Sayed Muhammad

Kehidupan itu laksana tenunan yang bersambung menjadi kata- Hamka