“Surat Ni Tak Boleh Buka,” Lelaki Ajar Cara Daftar Nama Anak “Step By Step” Di JPN
Bagi mereka yang baru sahaja menimang cahaya mata, memilih nama untuk anak tersayang pasti menjadi antara perkara yang paling penting untuk dilakukan.
Ini kerana pemilihan nama yang membawa maksud yang baik dalam Islam sangat perlu dititik beratkan.
Terdapat kepercayaan di mana, pemilihan nama yang baik boleh mempengaruhi sifat anak pada masa hadapan.
Selepas memilih nama yang hendak diberi kepada anak, ibu bapa perlu mula bersiap sedia untuk mendaftar nama tersebut di Jabatan Pendaftaran Negara.
Perkara ini kebiasaannya akan dilakukan oleh kaum bapa, kerana pada waktu ini kaum ibu perlu berehat dan berpantang dengan tenang.
Seperti yang dikongsikan oleh seorang pengguna Twitter @AkeemSharyzal. Lelaki ini telah berkongsikan langkah bagaimana cara dia mendaftarkan nama anaknya buat kali pertama.
Untuk mengetahui lanjut, mari kita ikuti perkongsian tersebut.
Step register nama anak.
Nanti bila lepas wife dah discharge dari hospital bersalin. Doktor akan bagi satu surat yang bertajuk “Urusan Seri Paduka Baginda” (Surat ni tak boleh bukak, JPN yang akan buka depan kita nanti)
Lepastu photostat perkara yang disuruh highlight pink.
Lepas dah photostat semua. Make sure original punya buku pink, sijil nikah, IC wife semua kau bawa sekali pergi JPN.
Ambik nombor giliran & dia akan bukak surat Paduka tadi, dekat situ la kau kena isi nama anak (neves weh) haha.
Tunggu dia panggil kat kaunter untuk confirmkan nama, alamat dalam surat beranak tu nanti.
Tunggu dalam 10min, tadaaaa dah siap. Nanti kau akan terharu sebab Bin & Binti ada nama kau. Sekian.
BACA: Tular Rakaman Ular Sawa Gergasi Ditemui Dalam Tasik Ayer Keroh
Setakat itu sahaja perkongsian daripada lelaki tersebut. Diharap perkongsian ini dapat membantu kepada mereka yang baru pertama kali bergelar ibu bapa untuk mendaftar nama anak yang sebetulnya.
Ikuti langkah yang diajar oleh lelaki ini terlebih dahulu dan jika terdapat sebarang kekeliruan anda boleh terus pergi ke JPN untuk bertanya lanjut.
Sumber: Twitter/@AkeemSharyzal