Siakap Keli
Pemuda maut dipatuk ular tedung
Kredit SuaraMerdeka

Pemuda Maut Hidung Dipatuk Ular Tedung Ketika Buat Persembahan

Pemuda Maut Hidung Dipatuk Ular Tedung Ketika Buat Persembahan

Seorang pemuda di Grobogan, Indonesia maut dipatuk ular tedung semasa membuat persembahan di hadapan penduduk, lapor Tribun News.

Klip video amatur yang memaparkan kejadian itu dipercayai telah dirakam oleh penduduk yang sedang menonton aksi berbahaya tersebut.

Aksi yang sedang dilakukan oleh pemuda itu bertukar tragis selepas ular tedung tersebut secara tiba-tiba telah mematuk hidung pemuda berkenaan.

Pemuda itu kemudiannya menamatkan persembahannya dan meletakkan ular tedung berkenaan ke dalam sebuah kotak.

Usai menamatkan persembahan, pemuda itu dikatakan mula mengalami pening-pening dan akhirnya jatuh pengsan.

Mangsa berusia 20 tahun itu seterusnya dihantar ke klinik berdekatan untuk mendapatkan rawatan.

Walau bagaimanapun, mangsa akhirnya telah disahkan maut oleh klinik tersebut

Jenazah mangsa terus dimandikan dan kemudiannya dikebumikan pada malam Selasa, 25 Julai yang lalu.

Tular Rakaman Ular Sawa Gergasi Ditemui Dalam Tasik Ayer Keroh

Terdahulu, seekor ular sawa gergasi dipercayai telah ditemui di dalam sebuah Tasik di Ayer Keroh, Melaka.

Menerusi penelitian video itu lagi, selain badannya yang bersaiz besar, ular itu juga kelihatan sangat panjang. Apabila dilihat secara kasar dari hujung kepala sehingga ke ekornya, ular itu boleh dikatakan sangat panjang dan menakutkan.

“Kemain besar lagi ular sawa. Besar dan panjang,” kata lelaki tersebut di dalam video tersebut.

Sehingga kini, muat naik video tersebut telah ditonton oleh pengguna media sosial tersebut melebihi 1.3 juta tontonan.

Selain itu, muat naik video itu juga telah mendapat reaksi yang pelbagai daripada orang ramai. Mereka juga dilihat telah meninggalkan komen mereka setelah melihat video tersebut.

Antara komen yang ditinggalkan adalah:

“Dekat tasek Ayer Keroh tu apa je tak ada? Buaya besau bas pon ada,” tulis seorang netizen selepas menonton video tersebut.

“Pernah join team building dekat sini. Siap berkayak & terjun dalam tasik tu. Adoi mujur lah tak apa-apa,” tulis seorang netizen yang mempunyai pengalaman mandi di tasik tersebut.

“Buaya pun ada situ bang, hati-hati. Besar jugak saya jumpa,” tulis seorang lagi yang dipercayai pernah melihat buaya di tasik yang sama.

Sumber: Tribun News

Syed Faisal Sayed Muhammad

Kehidupan itu laksana tenunan yang bersambung menjadi kata- Hamka