Siakap Keli
Barbie mirip Sarimah Ibrahim
Kredit Twitter, Instagram/Sarimah Ibrahim

Tular Patung ‘Barbie’ Mirip Wajah Sarimah Ibrahim

Tular Patung ‘Barbie’ Mirip Wajah Sarimah Ibrahim

Tular di Twitter selepas ciapan seorang pengguna yang mendakwa sebuah patung Barbie mirip penyanyi dan pengacara terkenal iaitu Sarimah Ibrahim.

Perkara itu telah dikongsi oleh seorang pengguna Twitter @mishaqstn menerusi ‘retweet’ yang dibuat berdasarkan ciapan asal anak patung tersebut.

Menurut pengguna Twitter itu, dia terkejut dengan penampilan anak patung tersebut yang sangat mirip dengan Sarimah Ibrahim atau nama sebenarnya Che Puan Sarimah Ibrahim.

“Kenapa patung ni nampak macam Sarimah Ibrahim????,” tulis ciapan perempuan tersebut.

Apabila dilihat di ruangan komen ciapan tersebut, ramai yang meninggalkan komen dan menyatakan persamaan tersebut.

“Saya boleh dengar gambar ini nyanyi, ‘Kini kau tiada, tak perlu lagi ku merasa derita mu. Kini kau tiada’,” tulis komen seorang pengguna yang turut memetik lirik lagu Sarimah Ibrahim yang bertajuk ‘Kini kau tiada’.

“Hahahaha memang nampak sebiji,” tulis seorang lagi.

I ingat, I sorang je nampak,” tulis seorang lagi yang bersetuju dengan ciapan wanita tersebut.

Difahamkan, menerusi ciapan asal gambar anak patung Barbie tersebut adalah ia sebenarnya edisi keluaran khas penyanyi terkenal Hollywood, Lana Del Ray.

Ciapan itu turut mendapat perhatian Sarimah Ibrahim

Dalam pada itu, ekoran penularan ciapan wanita tersebut, Sarimah Ibrahim juga dilihat sempat membalas komennya di ruangan komen ciapan asal tersebut.

“Matilah saya,” tulis Sarimah secara berseloroh di ruangan komen tersebut.

Sarimah juga sempat ‘retweet’ ciapan wanita tersebut dengan mengatakan bahawa untuk filem Barbie akan datang mungkin dia boleh menjadi wakil buat Malaysia.

“Mungkin untuk lain kali, filem Barbie memerlukan wakil Barbie dari setiap negara. RT kalau anda mahu saya jadi wakil tu,” tulis Sarimah dalam ciapan tersebut.

Sumber: Twitter

Syed Faisal Sayed Muhammad

Kehidupan itu laksana tenunan yang bersambung menjadi kata- Hamka