Siakap Keli
suspek insiden di stesen LRT Maluri
Kredit Twitter

Polis Buru Suspek Didakwa Cuba Cabul Penumpang Wanita Di LRT Maluri

Polis Buru Suspek Didakwa Cuba Cabul Penumpang Wanita Di LRT Maluri

Seorang lelaki sedang dikesan selepas didakwa bertindak agresif menceroboh trek LRT dan cuba mencabul salah seorang penumpang wanita di Stesn LRT Maluri pada 28 Julai lalu.

Menurut Rapid Rail, suspek disyaki mengalami masalah mental.

Perkara itu dinyatakan oleh Rapid Rail menerusi satu kenyataan yang dikeluarkan di media sosial syarikat tersebut sebentar tadi.

Polis buru lelaki, suspek didakwa cuba cabul wanita di LRT Maluri

”Kejadian yang dilaporkan berlaku kira-kira jam 7.58 pagi, melibatkan seorang lelaki telah bertindak melulu menceroboh trek LRT menerusi platform 1 ke platform 2.

”Suspek kemudian telah (didakwa) cuba mencabul salah seorang wanita yang sedang menunggu tren di platform tersebut,” kata kenyataan tersebut.

Ketika kejadian, Polis Bantuan dikatakan sedang berada di platform yang bertentangan dengan lokasi kejadian tersebut.

“Ketika kejadian, anggota Polis Bantuan sedang bertugas di platform bertentangan. Mereka bergegas turun ke bawah untuk ke platform tempat kejadian bagi memberikan bantuan kepada mangsa yang sedang bergelut dengan suspek,” kata kenyataan itu lagi.

Beberapa orang awam yang melihat kekecohan tersebut kemudian cuba membantu meleraikan mangsa daripada suspek. Namun suspek tidak berjaya diberkas kerana suspek bertindak agresif.

”Suspek sekali lagi bertindak menceroboh landasan dan mengetuk dinding tren yang kebetulan sedang berhenti di stesen. Suspek telah meloloskan diri dari stesen tersebut pada jam 8.05 pagi.”

Mangsa dan saksi telah dibawa ke balai polis bagi tujuan siasatan

Dalam pada itu, mangsa dan saksi yang terlibat dalam kejadian itu telah dibawa oleh anggota polis ke balai bagi tujuan siasatan.

“Mangsa dan saksi telah dibawa oleh anggota Polis ke balai polis bagi tindakan selanjutnya,” tambah kenyataan tersebut.

BACA: Pemuda Maut Hidung Dipatuk Ular Tedung Ketika Buat Persembahan

Ekoran kejadian itu, Polis Bantuan Prasarana dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM) masih lagi cuba mengesan suspek yang berjaya melarikan diri tersebut.

Rapid Rail dalam kenyataannya berkata bahawa mereka kesal dengan kejadian yang berlaku dan tindakan segera telah diambil.

Penambahan anggota polis bantuan telah dibuat di stesen-stesen demi meningkatkan kawalan keselamatan pengguna dan mengelakkan perkara yang sama berulang lagi.

Sumber: Rapil Rail

Syed Faisal Sayed Muhammad

Kehidupan itu laksana tenunan yang bersambung menjadi kata- Hamka