Siakap Keli
Rumah Mesra Rakyat (RMR)
Kredit: Bernama

Rumah 3 Bilik Tidur & 2 Bilik Air, Ada Enam Rekaan Boleh Pilih, Cara Mohon Rumah Mesra Rakyat

Rumah 3 Bilik Tidur & 2 Bilik Air, Ada Enam Rekaan Boleh Pilih, Cara Mohon Rumah Mesra Rakyat

Kerajaan sebelum ini telah menaikkan had kelayakan pendapatan isi rumah untuk memohon Rumah Mesra Rakyat (RMR) daripada bawah RM 3,000 kepada bawah RM 5,000.

Walaupun perubahan berkenaan berkuatkuasa sejak Mac lagi, sebenarnya masih ramai yang tidak tahu berkenaan perkara ini.

Untuk pengetahuan pembaca, program RMR ini diwujudkan bagi membantu golongan tidak mempunyai rumah atau tinggal di rumah usang tetapi mempunyai tanah untuk membina rumah sendiri yang sempurna dan selesa.

Difahamkan, program tersebut dilaksanakan oleh Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) iaitu sebuah syarikat milik Menteri Kewangan (Diperbadankan). SPNB yang ditubuhkan pada 21 Ogos 1997 kini diletakkan dibawah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) bermula 3 Ogos 2018.

Program RMR ditawarkan di seluruh negara iaitu dengan keluasan tanah yang diperlukan untuk pembinaan rumah adalah  3,000 kps (279 mps). Bagaimanapun, ia tertakluk terhadap rekabentuk rumah yang dipilih.

Terdapat enam jenis reka bentuk RMR yang ditawarkan dengan semua rumah adalah rumah sebuah satu tingkat dengan tiga buah bilik tidur dan dua buah bilik air.

Kos pembinaan rumah ini juga berbeza-beza mengikut kawasan iaitu RM 75,000 (Semenanjung Malaysia) dan RM 85,000 (Pulau di Semenanjung Malaysia).

Manakala bagi kawasan Sabah/Sarawak/Labuan pula, kos pembinaan RMR bermula daripada RM 75,000.

rumah mesra rakyat (rmr)
Kredit: Laman Web Rasmi RMR

Jika anda berminat, berikut merupakan cara mohon Rumah Mesra Rakyat

Pemohon boleh membuat permohonan sama ada secara atas talian atau dengan mengisi borang.

Borang Permohonan RMR boleh diperolehi di cawangan SPNB dan dihantar ke SPNB selepas borang permohonan dilengkapkan.

Untuk permohonan secara atas talian pula, sila ke https://spnb.com.my/rumah-mesra-rakyat/. Ikut langkah-langkah dibawah, untuk cara memohon RMR secara atas talian.

Pertama sekali, tekan buang pendaftaran dan klik pada pendaftan baru. Pemohon diminta untuk mengisi borang pendaftaran login dengan lengkap.

Kemudian, kata laluan akan dihantar kepada pemohon dan anda boleh log masuk ke laman utama. Gunakan login ID (e-mel) dan kata laluan yang diberikan untuk memulakan permohonan RMR.

Selepas log masuk, pemohon perlu melengkapkan borang secara atas talian dengan mengisi maklumat ke dalam sistem.

Apabila selesai mengisi borang secara atas talian, klik selesai pendaftaran borang dan cetak borang tersebut dengan menggunakan pencetak.

Seterusnya, bawa borang yang dicetak dan dokumen terbabit kepada pihak SPNB menerusi Pejabat Cawangan SPNB yang berdekatan.

Permohonan anda akan disemak dan dinilai oleh pihak SPNB dan maklum balas akan diberikan dalam tempoh tiga bulan. Manakala, kelulusan adalah tertakluk kepada peruntukan tahunan.

Dokumen-dokumen yang diperlukan pula adalah seperti dalam senarai dibawah.

Selamat mencuba.

BACA: Tak Payah ‘Beli’, Chef Kongsi Resepi Macam Mana Nak Buat Sendiri “Donut Peach Viral” Gebu

Sumber: Laman Web Rasmi Rumah Mesra Rakyat

Nur Syahirah Zainoor Hisham

Everyone has their own perspective, there’s nothing strange about that - Thoma